Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belia tabur bakti lahir penghargaan kepada penghantar makanan

Jan 24, 2022 | 05:30 AM



SEJAK berusia 14 tahun, beliau telah melibatkan diri dalam kerja relawan bersama Youth Network Jalan Kayu.



Cik Siti Sarah Annuar, kini 22 tahun, menyingkap bahawa dia mendapat inspirasi daripada ibunya yang juga giat dalam kerja-kerja kemasyarakatan selaku relawan dan anggota jawatankuasa penduduk di kawasan undi mereka.



Mahasiswi tahun pertama Universiti Teknologi Nanyang (NTU) itu adalah antara 19 belia yang menyertai projek kemasyarakatan yang menyiapkan beg penjagaan kepada penghantar makanan dan pekerja pembersihan di Our Tampines Hub semalam.



Belia-belia itu terdiri daripada Persatuan Muhammadiyah, persatuan Muslim NurIkhwan dari Politeknik Temasek dan Kelana Purba.



Cik Siti Sarah adalah anggota belia Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) sejak 2020.



Beliau yang sudah menyertai lebih daripada lima projek anjuran Mesra dan baru menyandang jawatan pemimpin dalam Pasukan Belia Singapura (YCS), berkata:



"Saya dapat lihat bahawa golongan yang disasarkan sangat menghargai projek ini.



"Ramai yang terkesan akibat pandemik ini dan kita kadangkala alpa akan peranan penting pelbagai golongan barisan hadapan yang memastikan keselamatan masyarakat."



Seorang lagi belia dari NurIkhwan, persatuan Muslim dari Politeknik Temasek pula mengongsi akan keghairahannya untuk menyertai projek tersebut.



Cik Umairah Hanisah Normanshah, 22 tahun, berkata ini adalah projek relawan pertamanya bersama Mesra.



"Saya bersyukur dapat kesempatan untuk beri semula kepada masyarakat terutama semasa pandemik ini.



"Ini juga adalah peluang yang baik untuk memberi kembali kepada wira negara yang telah bekerja keras sejak wabak melanda.



"Selain itu, projek ini penting untuk menerapkan masyarakat yang menghargai antara satu sama lain dan ia juga menggalakkan kami untuk mengasihi dan saling mengambil berat," jelas pelajar tahun kedua bidang reka bentuk komunikasi.



Mereka berdua akui berasa gembira melihat reaksi penerima apabila mereka memberi beg penjagaan itu.



Di samping itu, mereka juga gembira dapat melakukan kerja selaku relawan secara fizikal sekali lagi berbanding menerusi panggilan video sahaja.



"Saya menghargai peluang sebagai relawan ini kerana dapat melihat reaksi wajah mereka ketika menerima beg tersebut.



"Saya gembira kerana dapat menceriakan wira-wira kami dan pada masa yang sama menghargai dan menunjukkan kasih sayang terhadap mereka," tambah Cik Umairah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >