Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belia ugut tiga gadis beri gambar bogel

Nov 03, 2021 | 05:30 AM



SEORANG belia telah meyakinkan tiga gadis untuk menghantarnya gambar intim diri mereka dan mengancam untuk menyebarkannya jika mereka tidak memenuhi keinginannya.



Pesalah warga Singapura itu, yang kini berusia 20 tahun, mengaku bersalah di mahkamah daerah semalam atas 10 tuduhan bagi kesalahan yang termasuk melakukan hubungan seks dengan remaja bawah umur dan ugutan jenayah.



Sebanyak 13 tuduhan lain juga dipertimbangkan semasa hukuman.



Dia (tidak dapat dinamakan) berusia 16 tahun ketika melakukan jenayah itu pada Mei 2018.



Remaja bawah 18 tahun dilindungi Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda.



Mangsa pertamanya adalah rakan sekolahnya dan pada masa itu berusia 13 tahun, apabila mereka berpacaran pada April 2018.



Pasangan itu telah melakukan hubungan seks beberapa kali tanpa menggunakan perlindungan dan pesalah juga telah mendapatkan gambarnya dalam keadaan bogel.



Pada November tahun itu, remaja itu memutuskan hubungan tersebut kerana perbuatan seks itu membuatnya berasa "sangat jijik".



Pesalah kemudian memberitahu mangsa itu bahawa dia akan mengedarkan gambar bogelnya jika remaja itu tidak kembali bersamanya.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Joshua Lim berkata: "Mangsa pertama merayunya untuk tidak berbuat demikian, walaupun nekad untuk tidak bersama lelaki itu. Pesalah terus cuba untuk meyakinkannya untuk tidak berpisah tetapi tidak berjaya.



"Seminggu selepas putus hubungan, dia mengancam untuk menyebarkan gambar bogel remaja itu melainkan dia menghantar lebih banyak gambar yang menunjukkan wajahnya."



Gadis itu mengalah dan menurut kemahuan pesalah kerana merasakan bahawa beliau "tiada pilihan".



Walaupun begitu, pesalah terus mengganggunya sehingga mangsa memberitahu bapanya akan kejadian pahit itu. Beliau membuat laporan pada Disember 2018.



Mangsa kedua bertemu pesalah ketika berusia 14 tahun di platform mesej yang tidak didedahkan pada tahun berikutnya.



Pada 24 April 2019, pesalah meminta gambar bogel belia itu dan mengugut untuk menyebarkan gambar tangkap layar salah satu perbualan seksual yang tidak senonoh dengan ibu mangsa.



Beliau juga mengalah selepas enggan beberapa kali diugut. Pemuda itu juga ingin melakukan seks tetapi ditolak.



Mangsa ketiga, kini berusia 17 tahun, juga telah menghantar gambar bogelnya kepada pesalah pada 2019.



Pada 11 Mei tahun itu, dia meminta lebih banyak gambar dan mengugut mangsa untuk menyebarkan gambar bogelnya sebelum itu.



Berasa "sangat terancam", mangsa membuat laporan polis dan pegawai polis menahan tertuduh pada 15 Julai 2019.



Semalam, mahkamah meminta laporan untuk menilai kesesuaiannya untuk menjalani probesen latihan reformasi.



Di bawah pemulihan, pesalah akan ditahan dan mengikut rejimen yang ketat termasuk foot drills dan kaunseling.



Pesalah dijangka dijatuhkan hukuman akhir bulan ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >