Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belia yang lakukan libas belakang dalam kurungan badak sumbu dikatakan potong tag elektronik ketika dibebaskan dengan ikat jamin; waran tangkap dikeluarkan

Nov 05, 2021 | 07:03 PM



SEORANG belia yang dirakam dalam video Disember lalu melakukan libas belakang dalam kurungan badak sumbu putih di Taman Haiwan Singapura dikatakan melakukan kesalahan seperti memotong tag elektroniknya ketika dibebaskan dengan ikat jamin $20,000.



Timbalan Pendakwa Raya Melissa Lee memberitahu mahkamah daerah pada Jumaat (5 Nov) bahawa Ralph Wee Yi Kai, 19 tahun, kini mungkin menghadapi empat lagi tuduhan bagi kesalahan yang termasuk jenayah berkaitan dadah.


Beliau tidak mendedahkan butiran mengenai dakwaan kesalahan dadah itu dan tuduhan yang dikaitkan dengannya belum dikemukakan di mahkamah buat masa ini.


Hakim Daerah Brenda Tan kemudian mengeluarkan waran tangkap terhadap remaja warga Singapura itu, yang gagal hadir di mahkamah pada Jumaat.


Peguam bela Shashi Nathan memberitahu mahkamah bahawa Wee mengalami "kesukaran bangun tidur" dan ibu bapanya cuba mengejutnya tetapi gagal.


Wee kini dijangka mengaku bersalah terhadap tuduhan yang dihadapinya pada 22 November.



Dia kini berdepan dengan enam tuduhan - dua melibatkan kenakalan serta setiap satu tuduhan melaku musnah barangan, mencerobohi tempat terlarang, penderaan haiwan dan pengambilan dadah.



Wee dituduh mencerobohi kurungan badak itu sekitar 2.40 petang pada 17 Disember tahun lalu.


Dia juga dikatakan mendera seekor katak dan menyebabkannya melalui kesakitan dan penderitaan yang tidak wajar di satu tapak Sentosa Cove seminggu selepas kesalahan pertama.


Wee dikatakan telah meletakkan katak itu di atas meja permainan bola sepak meja sebelum melontar laju bola ke arahnya.


Bola itu mengena sasaran pada katak tersebut yang cedera dan mati.


Secara berasingan, Wee juga telah melakukan perbuatan laku musnah sekitar 2.40 pagi pada 9 Oktober tahun lalu dengan merosakkan panel maklumat di perhentian bas di Sixth Avenue, berhampiran Bukit Timah Road, menyebabkan kerosakan bernilai $900.


Dia juga dikatakan telah menyebabkan kerosakan pada dua kereta berhampiran Sixth Crescent pada pagi itu dengan melanggar cermin tepian kereta tersebut.


Wee dituduh menyebabkan kerosakan sekitar $2,800 kepada kereta Mercedes-Benz dan lebih $1,600 pada kereta BMW.



Dia juga dikatakan mengambil dadah kanabis pada Ogos ketika diikat jamin.



Jika didapati bersalah mencerobohi kawasan terlarang, Wee boleh dipenjara hingga tiga bulan dan didenda hingga $1,500. Bagi perbuatan laku musnah pula, dia boleh didenda hingga $2,000 atau dipenjara hingga tiga tahun dan menerima antara tiga hingga lapan sebatan rotan.


Bagi pengambilan kanabis pula, seorang pesalah boleh dipenjara hingga 10 tahun dan didenda hingga $20,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >