Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Ben Davis ikat kontrak Fulham sebagai pemain Britain, bukan SG

Eng Hen: Keengganan bapa pemain maklumkan bila anaknya akan pulang untuk jalani NS antara sebab mengapa permohonan ditolak
Aug 07, 2018 | 05:30 AM



PEMAIN bola sepak berusia 17 tahun Ben Davis yang telah menandatangani kontrak profesional dengan Fulham FC untuk bermain dengan kelab Liga Perdana England itu sebagai warga Britain dan bukan warga Singapura.



Itulah antara beberapa sebab Kementerian Pertahanan (Mindef) menolak permohonan penangguhan Perkhidmatan Negara (NS) yang dikemukakan bagi pihak remaja itu oleh bapanya, Encik Harvey Davis.



Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, berkata demikian semasa menjawab soalan beberapa Anggota Parlimen termasuk Dr Lim Wee Kiak (GRC Sembawang), Encik Darryl David (GRC Ang Mo Kio), Encik Sitoh Yih Pin (SMC Potong Pasir), Cik Joan Pereira (GRC Tanjong Pagar) dan Encik Muhamad Faisal Abdul Manap (GRC Aljunied) berhubung penangguhan NS itu semalam.



Ben telah menandatangani kontrak profesional dua tahun dengan Fulham FC Jun lalu selepas menyertai akademi kelab bola sepak itu tahun lalu.



Profilnya di laman web Fulham FC menyatakan bahawa Ben berasal dari Singapura tetapi kerakyatannya adalah warga Britain.



Menggariskan antara sebab lain permohonan oleh Encik Davis bagi penangguhan NS anaknya ditolak, Dr Ng berkata Encik Davis secara konsisten enggan memaklumkan bila anaknya akan pulang bagi menjalani NS sekiranya permohonan itu diluluskan.



Sekiranya permohonan itu ditolak pula, Dr Ng berkata Encik Davis memaklumkan bahawa Ben akan terus menandatangani kontrak dengan Fulham dan akan mempertimbangkan untuk anaknya melepaskan kerakyatan Singapuranya demi kerjayanya.



"Sekiranya permohonan penangguhan NS bagi Encik Ben Davis diluluskan demi pembangunan peribadi dan kerjaya profesionalnya, ini tidak adil bagi ramai yang lain yang telah menjalani NS dengan bertanggungjawab... dan bukan mengikut waktu pilihan mereka.



"Permohonan penangguhan NS oleh Encik Davis bagi anaknya adalah demi kerjaya profesional anaknya dahulu dan bagi satu tempoh yang sepanjang mungkin.



"Singapura dan kepentingannya termasuk kewajipan NS anaknya tidak begitu penting, kalau diambil kira pun," kata Dr Ng.



Tambahnya, sekiranya permohonan penangguhan NS itu dilulukan, tiada bayangan, komitmen atau rancangan untuk menunjukkan bagaimana Ben dapat meningkatkan taraf bola sepak di Singapura.



Namun, Encik Davis telah berkata anaknya akan menjadi inspirasi bagi sekitar 1,000 pelajar - 500 daripada mereka merupakan pelajar setempat - yang berdaftar dengan JSSL Singapore, sebuah akademi dan kelab bola sepak belia kendaliannya.



Dr Ng menekankan bahawa pemerintah akan mengambil sikap amat memilih semasa meluluskan permintaan individu bagi menangguhkan NS agar ia diluluskan hanya jika ia dapat memenuhi kepentingan Singapura dahulu.



Ini bagi memastikan keadilan bagi semua anggota NS.



Dan ini merupakan dasar yang digunakan bagi memberi kelulusan penangguhan NS kepada tiga atlit negara - Joseph Schooling, Quah Zheng Wen dan Maximilian Soh - agar mereka dapat berlatih dan bertanding dalam Sukan Olimpik.



Bagi ketiga-tiga individu itu, Dr Ng berkata sasaran yang jelas telah ditetapkan, dengan berbincang bersama Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY)



Tambahnya, Mindef turut memberi sokongan kepada atlit negara dan mendedahkan bahawa 10 atlit telah dibenarkan masuk NS lewat sedikit sehingga beberapa minggu atau diberi masa untuk berlatih sekiranya mereka sudah masuk NS, menjelang Sukan Asia di Indonesia dari 18 Ogos hingga 2 September.



Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Cik Grace Fu, pula menjelaskan penangguhan NS bukan satu-satunya cara bagi menyokong pembangunan atlit lelaki muda negara ini.



Malah tambahnya, MCCY bersedia menyokong permohonan penangguhan NS oleh bakat yang telah secara konsisten mempamerkan potensi untuk berjaya di peringkat pertandingan yang tertinggi, memenuhi kepentingan Singapura dan memberi komitmen tetap untuk pulang ke tanah air bagi menjalankan tanggungjawab NS mereka.



Ini termasuk bagi perenang Schooling dan Quah yang telah diberi penangguhan NS untuk berlatih sepenuh masa bagi Sukan Olimpik Tokyo 2020.



Tambahnya, MCCY tidak memihak kepada sukan individu berbanding sukan berpasukan.



Mereka menilai sasaran dan pelan pembangunan persatuan sukan nasional serta prestasi dan potensi atlit mereka secara objektif.




"Sekiranya permohonan penangguhan NS bagi Encik Ben Davis diluluskan demi pembangunan peribadi dan kerjaya profesionalnya, ini tidak adil bagi ramai yang lain yang telah menjalani NS dengan bertanggungjawab... dan bukan mengikut waktu pilihan mereka."
- Dr Ng Eng Hen.




SEBAB MINDEF TOLAK PERMOHONAN PENANGGUHAN NS



1. Ben Davis bermain untuk Fulham FC sebagai warga Britain bukan warga Singapura.



2. Bapa Ben Davis, Encik Harvey Davis, secara konsisten enggan memaklumkan bila anaknya akan pulang ke Singapura untuk menjalani NS.



3. Encik Davis berkata Ben akan tetap menandatangani kontrak dengan Fulham FC walaupun permohonan penangguhan NS itu tidak diluluskan dan beliau pun sudah melakukan demikian.



Selepas Mindef menolak permohonan penangguhan NS itu, Encik Davis berkata beliau akan mempertimbangkan pilihan bagi anaknya melepaskan kerakyatan Singapuranya demi menceburi kerjayanya. Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, berkata respons Encik Davis jelas menunjukkan keinginannya bagi Ben menceburi kerjaya bola sepak profesional sepenuhnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >