Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BENGKEL KERETA, F&B JADI TUMPUAN WARGA SG SEMULA

30% pelanggan bengkel warga SG

Jun 11, 2022 | 05:30 AM



BERBEKALKAN pengalamannya bekerja selama hampir 10 tahun di Singapura, Encik Adex Chia, 40 tahun, mampu, memenuhi keinginan dan keperluan setiap pelanggan warga negara ini.



Atas pengalamannya itulah Encik Chia mampu memahami cita rasa warga Singapura yang datang ke bengkel keretanya yang terletak di Taman Bukit Indah.



Justeru perniagaannya agak terjejas semasa sempadan antara kededua negara ditutup selama dua tahun.



"Cakap mudah perniagaan saya hanya cukup untuk saya bayar sewa bengkel dan pekerja selain penyenggaran lain. Kadang kala pernah juga kerugian beberapa bulan," kata bapa dua anak itu lagi.



Encik Chia merupakan pemilik Jag Tech Auto Service yang dimulakannya sejak tujuh tahun lalu.



Antara khidmat bermutu yang disediakannya termasuk penyenggaraan, pembaikan enjin, dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan kenderaan kontinental.



Beliau anggarkan sekitar 30 peratus pelanggannya adalah warga Singapura.



Namun beliau tidak nafikan golongan warga Singapura merupakan mereka yang 'belanja besar' setiap kali mereka datang ke bengkelnya itu.



Encik Chia yang merupakan bekas penuntut Institut Pendidikan Teknikal (ITE) di Singapura dalam bidang automotif berkata pengalamannya bekerja dengan beberapa syarikat besar di negara ini telah membuatnya lebih bersedia sebelum beliau ambil keputusan berani membuka bengkelnya sendiri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >