Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bengkel kongsi panduan asuh anak berkeperluan khas

Pengasas My Inspiring Journey (MIJ) Special Education Hub antara panelis, bakal kongsi pengalaman sendiri membesarkan anak berkeperluan khas
Mar 08, 2019 | 05:30 AM



MESKIPUN ada banyak sumber, bahan dan maklumat yang terdapat di dalam talian, ibu bapa yang mempunyai anak berkeperluan khas masih tetap mahu mendengar sendiri nasihat serta rangsangan yang diberi oleh ibu bapa yang mempunyai pengalaman serupa.



Justeru pengasas My Inspiring Journey (MIJ) Special Education Hub, Cik Faraliza Zainal, 47 tahun, menekankan bahawa sokongan antara ibu bapa itu amat penting dalam memberi keyakinan kepada ibu bapa yang perlu mengasuh dan membesarkan anak berkeperluan khas.



"Apabila kali pertama saya membuka hab ini, ramai ibu bapa yang datang ke sini tidak melihat saya sebagai pengasasnya, sebaliknya mereka melihat saya sebagai seorang ibu yang memiliki anak berkeperluan khas.



"Ini lebih-lebih lagi bagi ibu bapa yang anak mereka baru didiagnos dengan autisme misalnya.



"Meskipun ada pelbagai sumber yang boleh mereka dapatkan di dalam talian dan pelbagai agensi serta kumpulan sokongan di Singapura yang dapat membantu, para ibu bapa ini lebih memilih untuk mendapatkan pandangan daripada ibu bapa seperti saya yang telah melalui perjalanan ini bagi memberi mereka kepastian dan keyakinan," ujarnya.



Cik Faraliza bersama dengan sembilan ibu bapa lain yang memiliki anak berkeperluan khas bakal menjadi panelis dalam satu bengkel awam keibubapaan.



Bengkel tersebut, yang akan berlangsung esok secara percuma, ditujukan khas buat ibu bapa atau ahli keluarga yang mempunyai anak berkeperluan khas.



Para panelis akan mengongsi beberapa panduan berguna dengan harapan dapat mengubah Singapura menjadi sebuah masyarakat yang lebih inklusif.



Selain Cik Faraliza, beberapa ibu bapa lain yang akan turut serta termasuk Pengarah Eksekutif Pusat Rainbow, Encik Tan Sze Wee, dan pengasas Rare Disorder Society, Encik Kenneth Mah.



Bengkel ini yang diadakan sempena Festival Seni Inklusif Superhero Me's Peekaboo!, yang merupakan inisiatif yang diusahakan dari peringkat bawah ke atas disokong oleh Yayasan Lien dan Majlis Seni Kebangsaan (NAC).



Namun lebih daripada itu, festival ini juga bertujuan untuk merapatkan lagi jurang antara orang awam dengan masyarakat berkeperluan khas, dengan menghubungkan kanak-kanak biasa dan keluarga mereka dengan keluarga yang mempunyai anak-anak berkeperluan khas.



Ini akan dilakukan menerusi pelbagai aktiviti seni, kraf dan drama.



Ada empat bengkel keibubapaan yang akan diadakan sempena festival ini.



Bengkel esok yang berjudul 'Membimbing ibu bapa menjadi penyokong berkesan bagi anak-anak mereka' akan diadakan di Pusat Rainbow, dekat Margaret Drive, antara 1.30 tengah hari hingga 3 petang di Dewan Sekolah pusat itu.




"Apabila kali pertama saya membuka hab ini, ramai ibu bapa yang datang ke sini tidak melihat saya sebagai pengasasnya, sebaliknya mereka melihat saya sebagai seorang ibu yang memiliki anak berkeperluan khas. Ini lebih-lebih lagi bagi ibu bapa yang anak mereka baru didiagnos dengan autisme misalnya. Meskipun ada pelbagai sumber yang boleh mereka dapatkan di dalam talian dan pelbagai agensi serta kumpulan sokongan di Singapura yang dapat membantu, para ibu bapa ini lebih memilih untuk mendapatkan pandangan daripada ibu bapa seperti saya yang telah melalui perjalanan ini bagi memberi mereka kepastian dan keyakinan."
- Pengasas My Inspiring Journey (MIJ) Special Education Hub, Cik Faraliza Zainal.




SEKILAS



Ibu Bapa buat Ibu Bapa



- Diadakan dengan kerjasama festival seni inklusif PeekaBoo! dari 9 hingga 30 Mac 2019



- Kesemua program diadakan pada hari Sabtu di Pusat Rainbow (501 Margaret Drive)



Bengkel 1



Tajuk: Membimbing ibu bapa menjadi pendukung berkesan bagi anak-anak mereka



Bila: 9 Mac 2019



Masa : 1:30 - 3 petang



Mana: Dewan Sekolah, Tingkat 4



Bengkel 2



Tajuk: Dari prasekolah ke sekolah rendah: Merintis jalan bersama anak berkeperluan khas ke dunia arus utama



Bila: 16 Mac 2019



Masa : 1:30 - 3 petang



Mana: Glasshouse, Tingkat 1



Bengkel 3



Membangunkan masyarakat saling berhubungan, bagaimana empat kumpulan melakukannya dari bawah ke atas



Bila: 23 Mac 2019



Masa: 10.30 pagi - 12 tengah hari



Mana: Dewan Sekolah, Tingkat 4



Bengkel 4



Menyokong penjaga lelaki



Bila: 30 Mac 2019



Masa: 10.30 - 12 tengah hari



Mana: Glasshouse, Tingkat 1




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >