Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bengkel penulisan dapat sambutan

Jun 28, 2016 | 05:30 AM



DAYA usaha Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Kelab Masyarakat Chong Pang di Yishun mendorong orang ramai menyertai peraduan menulis cerpen anjuran Berita Harian dengan mengadakan bengkel penulisan kelmarin mendapat sokongan baik.



Bengkel selama dua jam bimbingan sasterawan mapan Cikgu Ishak Latiff itu menarik penyertaan sekitar 30 peserta - bukan sahaja golongan pelajar yang termasuk dari Madrasah Alsagoff Al-Arabiah, malah pencinta sastera Melayu, penyair dan penulis mapan.



Antara hadirin termasuk penyair Herman Mutiara, Rohani Din, Sarifah Yatiman, Kamaria Buang, Faridah Taib dan Sofia Nin, serta Duta Bahasa, Siti Aisyah Salim.



Mereka hadir sebagai memberi sokongan kepada usaha Berita Harian dan dorongan kepada golongan pelapis agar gigih berkarya.



Mengongsi 'resipi' sesebuah karya cerpen yang baik, Cikgu Ishak, seorang guru bahasa Melayu di Maktab Rendah Tampines (TPJC), menekankan pentingnya penulis membuat kelainan pada karya mereka.



"Ia haruslah sesuatu yang istimewa, memenuhi tema 'cinta' dan 'thriller' (debaran) yang dapat menarik perhatian pengadil," ujarnya yang telah memenangi pelbagai anugerah persuratan dan telah menghasilkan tiga buku sastera kreatif - 'HP', 'Saga' dan 'Rona' - yang mendapat sambutan menggalakkan.



Tarikh tutup peraduan cerpen 'Debar Cinta' ialah 22 Julai ini. Ia menawarkan bengkel penulisan eksklusif untuk peserta terpilih dan hadiah wang tunai sehingga $9,000 untuk pemenang.



Maklumat lanjut boleh didapatkan di http://mencarikristal.sg



Karya harus dihantar ke mencarikristal@sph.com.sg



* Ralat - Laporan awal menyatakan Cikgu Ishak Latiff bertugas sebagai guru Bahasa Melayu di Sekolah Kesenian Singapura (Sota). Beliau kini bertugas di TPJC. Kami meminta maaf atas kesilapan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >