Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bentang kenaikan gaji tempoh panjang tanda komitmen serius: Zaqy

Jun 08, 2021 | 05:30 AM



USAHA membentangkan perkembangan gaji pekerja pembersihan sepanjang enam tahun akan datang menunjukkan satu komitmen serius, kata Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, yang mengalu-alukan saranan oleh Kelompok Tiga Pihak bagi Pekerja Pembersihan (TCC) itu.



TCC telah menjalankan semakan ke atas Model Gaji Progresif (PWM) bagi sektor pembersihan dan antara lain menyarankan kenaikan gaji berterusan selama enam tahun.



"Pemerintah mengalu-alukan saranan ini dan mengucapkan terima kasih kepada TCC kerana berusaha gigih. Ucapan terima kasih khas bagi pengerusi TCC, Saudara Zainal Sapari, yang menjadi pejuang tanpa kenal lelah bagi pekerja pembersihan kita dan majikan yang memberi sokongan mereka," kata Encik Zaqy dalam satu pos Facebook semalam.



Encik Zaqy menambah bahawa pemerintah juga mengalu-alukan keperluan latihan dipertingkat hingga 2025, namun menambah bahawa saranan lain mempunyai implikasi yang memerlukan pertimbangan lebih teliti.



"...kami akan mengingati apabila dasar relevan disemak," kata beliau.



Encik Zaqy berkata pandemik Covid-19 telah menunjukkan betapa pentingnya peranan pekerja perkhidmat penting seperti pekerja pembersihan, yang bertugas di barisan depan untuk membantu memastikan rakyat Singapura selamat.



Beliau melahirkan rasa terdorong oleh usaha TCC mempertingkat gaji dan kemahiran pekerja pembersihan, yang sejajar dengan komitmen Kumpulan Kerja Tiga Pihak untuk menaikkan gaji pekerja bergaji rendah.



"Setiap daripada kita boleh melakukan sesuatu untuk pekerja pembersihan dan pekerja perkhidmatan penting lain. Pemerintah akan terus menyokong mereka menerusi skim Daya Kerja dan program lain.



"Sebagai pengguna, kita juga boleh memainkan peranan dengan menunjukkan penghargaan. Peningkatan gaji mereka mungkin bererti membayar lebih sedikit bagi khidmat mereka, dan saya berharap masyarakat boleh menyokong kebaikan ini bagi kita sama-sama bersatu padu," kata Encik Zaqy.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >