Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: RENTAK MILENIAL

Berani jadi pelaut walau wanita

Ikut jejak ayah, malah mahu belajar dan belayar hingga jadi kapten
Nov 09, 2021 | 05:30 AM



SECILIK lima atau enam tahun, Cik Nasuha Abdul Rahman sudah terpegun mendengar ayahnya bercerita tentang pengalaman beliau bertugas sebagai pelaut.



Ia memupuk minat Cik Nasuha untuk belayar dan mendorong beliau menceburi bidang sama.



Akhirnya, ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi - beliau pun mencari rezeki dengan melayari lautan biru.



"Saya melihat ayah saya sebagai inspirasi. Semasa saya kecil, saya selalu tanya macam mana keadaan dan cuaca di tengah laut.



" Ayah juga akan cerita tentang orang yang beliau temui di atas kapal," ujar Cik Nasuha.



Namun, beliau terpaksa mengharungi rintangan dan 'badai kecil', termasuk cabaran daripada Covid-19, sebelum dapat mencapai impiannya itu.



Jika bapanya mula belayar pada usia 17 tahun, Cik Nasuha mula melancarkan kerjaya dalam industri marin pada usia lebih lewat, 28 tahun.



Baru-baru ini, beliau mula belayar selepas mengalami kegenjotan pada awal usahanya hendak menjadi pelaut.



Pada awalnya, Cik Nasuha merancang meneruskan pengajian dalam bidang kelautan di Politeknik Singapura, tetapi beliau tidak memenuhi kriteria kelayakan untuk menyertai kursus tersebut.



Setelah lulus daripada Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dalam kejuruteraan aeroangkasa, Cik Nasuha bekerja dalam industri runcit selama enam tahun.



Namun, impian belayar sebagai pelaut tidak pernah dilupakannya.



Justeru, apabila mendapat tahu tentang program Anugerah Latihan Nautika Tiga Pihak di Institut Maritim Wavelink di bawah Biasiswa Maritim Tiga Pihak, beliau memberanikan diri menyertai program itu untuk dilatih sebagai pegawai dek kelas tiga.



Bagaimanapun, setelah menamatkan kursus itu, pandemik Covid-19 pula melanda dan beliau tidak mendapat pekerjaan di atas kapal dengan segera.



Namun, impian beliau tercapai jua apabila Cik Nasuha menikmati pelayaran pertamanya pada Ogos tahun lalu, yang membawa beliau merentas Asia Pasifik lebih 10 bulan.



Pelayaran itu membawanya ke negara seperti Jepun, Korea Selatan, China, New Zealand, dan Fiji.



Meskipun pada kebanyakan masa beliau tidak dapat turun dari kapal untuk mengunjungi negara itu disebabkan Covid-19, Cik Nasuha tetap gembira berpeluang belayar.



Selain itu, beliau perlu menyesuaikan keadaan di atas kapal, termasuk dalam sekitaran yang dikuasai kaum lelaki.



"Sebagai seorang wanita, anda perlu kuat dari segi mental. Pada kebanyakan masa, hanya saya satu-satunya wanita di atas kapal.



"Dalam bidang ini, kami perlu buktikan yang kami boleh bekerja keras seperti kaum lelaki sebelum boleh diterima," ujarnya.



Apabila tidak bekerja di atas kapal, beliau gemar memasak untuk anak kapal lain, menonton Netflix dan membeli-belah dalam talian.



Cik Nasuha merancang mengikuti latihan untuk menjadi kapten.



Beliau belum berumahtangga, tetapi mempunyai pilihan bekerja di darat setelah berkeluarga kelak.



Bapanya, Encik Abdul Rahman Ismail, 62 tahun, telah 'berlabuh' dan kini bekerja di darat sebagai pengurus dok.



"Sebenarnya, ayah saya tak sangka saya akan masuk bidang ini.



"Sekarang beliau selalu mengingatkan saya, jika saya benar-benar mahu lakukannya, saya perlu teruskannya dan jangan berhenti sampailah saya dapatkan kelulusan kelas satu (untuk jadi kapten)," ujar Cik Nasuha.




Sebagai seorang wanita, anda perlu kuat dari segi mental. Pada kebanyakan masa, hanya saya satu-satunya wanita di atas kapal. Dalam bidang ini, kami perlu buktikan yang kami boleh bekerja keras seperti kaum lelaki sebelum boleh diterima.



- Cik Nasuha Abdul Rahman, yang mencapai cita-cita sejak kecil ingin jadi pelaut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >