Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: NIAGA BERMISI SOSIAL

Beranikan diri, mulakan 'start-up' lengkapi remaja bina keyakinan mental

Dua rakan karib asaskan syarikat pemula Face The Future bagi persiap belia hadapi masa depan; rancang adakan konvensyen di Dubai tahun depan
Oct 22, 2021 | 05:30 AM



SEPANJANG lebih dua dekad sebagai seorang guru, Cik Faeza Sirajudin telah melihat sendiri cara tekanan kehidupan kadangkala terlalu hebat sehingga memamah tenaga dan keyakinan darah muda pelajarnya.



Lantaran itulah, berbekalkan pengalaman berinteraksi dengan golongan muda itu, meskipun tidak berpengalaman, dia membulatkan tekad dan menceburi bidang perniagaan menerusi syarikat start-up atau pemula bersama rakan karibnya, Cik Sunita Venkataraman.



Ditubuhkan secara rasmi tahun lalu, syarikat Face The Future bertujuan untuk melengkapkan remaja dengan kemahiran dan keupayaan bagi memperkukuh daya tahan mental mereka.



Menurutnya, dunia semakin berubah pada tahap yang amat pantas.



Justeru, golongan belia perlu dilengkapi dengan kebolehan menangani tekanan hidup dek perubahan pesat itu, atau sekurang-kurangnya sedar bahawa mereka memerlukan sokongan.



Cik Faeza, 47 tahun, berkata modal syarikat pemulanya berjumlah sekitar $100,000.



Menyentuh mengenai cabaran yang dihadapi syarikatnya itu dalam satu panggilan video bersama Berita Harian, Cik Faeza berkata:



"Tujuan utama syarikat ini adalah untuk melibatkan remaja dalam sesi sua muka di mana mereka dapat berinteraksi dan belajar meningkatkan kemahiran diri sendiri, dan pada masa yang sama belajar daripada satu sama lain. Namun, pandemik ini sudah tentu menghambat rancangan kami.



"Oleh itu, kami menghabiskan masa memikirkan cara kami dapat menyesuaikan diri dengan keadaan ini. Setiap kali kami merancang untuk mengadakan sebarang acara, sekecil manapun, sekatan peraturan membuatnya lebih mencabar."



Sebelum pandemik ini, Face The Future telah mengendalikan acara konvensyen secara fizikal di Indonesia pada 2019 dan disertai oleh sekolah setempat dan beberapa sekolah dari Jakarta.



Syarikat Cik Faeza juga dipilih untuk menerajui forum pendidikan remaja di sana.



Respons bagi forum itu amat memberangsangkan dan Face The Future diundang untuk mengendalikan satu lagi forum pada Mei tahun lalu namun dibatalkan akibat Covid-19.



Maka itu, syarikat Face The Future terpaksa mengambil langkah berani menyesuaikan diri untuk meneruskan misi melengkapi seberapa ramai belia dengan kemahiran bagi lebih berdaya tahan dari segi mental.



Penyesuaian itu timbul dalam bentuk permainan papan.



Malah, Cik Faeza telah mencipta permainan papan yang dihasilkan khas untuk mengasah kemahiran tertentu.



Sebagai contoh, salah satu permainan yang dinamakan Conundrum menguji pemikiran kritis dan pada masa yang sama juga memerlukan elemen kreatif.



"Daripada pengalaman saya sebagai seorang guru, saya ingin pelajar mencari jalan penyelesaian menerusi wadah yang seronok.



"Oleh sebab itu menerusi permainan seperti ini, mereka dapat berseronok bermain dan mempelajari kemahiran tersebut.



"Kemahiran yang kami ingin terapkan ialah kemahiran yang saya perhatikan penting untuk menguatkan pemikiran belia dalam abad ke-21 ini. Misalnya pemikiran kritis, komunikasi, kesedaran, kepimpinan dan banyak lagi.



"Zaman saya dan zaman sekarang lain. Kita perlukan generasi muda untuk lebih peka dan terus melatih kemahiran demikian supaya mereka dapat mengamalkan kemahiran itu secara semulajadi," katanya.



Buat masa ini, Cik Faeza menambah bahawa syarikatnya telah mula menjual permainan mereka dengan harga antara $30 hingga $84, dan hanya menerusi tempahan.



Selain itu Face The Future juga akan melancarkan beberapa produk digital pada akhir bulan ini, termasuk satu ujian psikometrik untuk kanak-kanak.



Ketika berkongsi perancangan masa depan untuk Face The Future, Cik Faeza berkata bahawa mereka harap agar sekatan lawatan ke negara lain akan dilonggarkan sejajar dengan keadaan Covid-19 yang bertambah baik.



Dia kini sedang merancang untuk mengadakan konvensyen di Dubai sekitar hujung tahun depan.



Sebelum itu - pada Mac depan - Cik Faeza terlebih dahulu akan ke sana untuk menerima anugerah Kepemimpinan Cemerlang dalam Pendidikan yang akan disampaikan sempena acara Education 2.0 Conference.



Sementara itu, rakan karib dan rakan niaga, Cik Sunita, pula berkata melebihi daya tahan mental, satu lagi matlamat Face The Future ialah untuk memupuk budaya sentiasa terbuka meningkatkan kemahiran dalam diri para belia.



"Mengembangkan kemahiran sama pentingnya dengan kecemerlangan akademik," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >