Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: AZAM GEN-Z

Beranikan diri sahut cabaran; cekal semangat harungi dugaan

Dambakan kepuasan kerjaya yang dapat bantu orang lain Kehilangan ayah turut dorong alih tumpuan untuk genggam ijazah dalam bidang fisioterapi sekalipun miliki diploma dalam kejuruteraan bioperubatan
Oct 23, 2021 | 05:30 AM



Meskipun di tengah-tengah ekonomi yang mencabar sekarang, lebih 70 peratus lulusan Institut Teknologi Singapura (SIT) daripada kohort 2021 telah berjaya mendapatkan pekerjaan. Ini dapat dikecapi dengan sebahagian besarnya ekoran pembelajaran aplikasi SIT serta kurikulumnya yang memberi tumpuan kepada industri. Ia termasuk Program Belajar Bekerja Bersepadu (IWSP) yang membolehkan pelajar membangunkan keupayaan profesional khusus dalam bidang yang dipilih. BERITA HARIAN menemuramah dua orang lulusan SIT yang berkongsi perjalanan pembelajaran mereka.



WALAUPUN beliau selesa bekerja sebagai jurutera bioperubatan, ada kalanya Encik Mohammad Firdaus Toslimin tetap rasa terkilan.



Melebihi pekerjaan yang memberinya gaji setiap bulan, jejaka berusia 26 tahun ini mendambakan bidang yang lebih bermakna dan membuka peluang baginya membantu orang lain.



Lulusan diploma jurusan kejuruteraan bioperubatan dari Politeknik Nanyang itu berkata pada satu hari, beliau berasa tergerak untuk menceburi bidang fisioterapi kerana ingin menggabungkan pengalaman kerja sebagai jurutera perubatan dengan pengetahuan yang ditimba di sekolah mengenai peralatan perubatan dan pemulihan pesakit.



"Pekerjaan saya memang selesa tetapi saya perhatikan bahawa saya semacam tidak merasakan kepuasannya dan mula berfikir tentang pekerjaan yang mungkin lebih bermakna bagi saya.



"Berbanding tugasan dengan jentera sahaja, saya juga mempunyai keinginan untuk mendekati orang lain dan meninggalkan kesan yang baik kepada mereka," kata Encik Firdaus.



Menyusuli itu, beliau mendaftarkan diri bagi program Fisioterapi yang ditawarkan Institut Teknologi Singapura (SIT) dan Kolej Trinity Dublin dan selepas pengajian empat tahun, menerima ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Fisioterapi baru-baru ini.



Dihubungi Berita Harian (BH) Encik Firdaus berkata beliau mendapati kursus fisioterapi itu penuh cabaran kerana ia sesuatu yang baru baginya selepas mendalami bidang kejuruteraan bioperubatan sejak meninggalkan politeknik.



Namun, lama-kelamaan beliau dapat mengasah kemahirannya.



"Mencabar tetapi agak menarik untuk melihat bagaimana kedua-dua pengetahuan saya dapat digabungkan untuk memberi pemahaman yang holistik," jelasnya.



Namun, meskipun beliau berjaya mengatasi cabaran di kelas, tragedi peribadi menimpa yang mengancam menjejas impiannya itu.



Pada tahun ketiga pengajiannya, beliau mengalami kecederaan di tangan kiri semasa menjalani program internship atau bekerja sambil belajar di sebuah hospital.



Kecederaan itu, yang berlaku ketika beliau sedang merawat seorang pesakit, menyebabkan beliau tidak dapat melengkapkan program bekerja sambil belajar mengikut jadual yang ditetapkan.



Lebih sedih lagi, bapanya meninggal dunia akibat serangan jantung beberapa minggu selepas beliau mengalami kecederaan itu.



"Ketika itu, saya benar-benar terjejas... sedih sekali... seolah-olah hilang fokus.



"Pertama kerana saya terpaksa menangguhkan kursus saya selama tiga bulan lagi untuk memberikan saya masa untuk menamatkan internship.



"Saya tidak mahu perkara ini menjejas saya semasa mencari kerja nanti.



"Kedua, apa yang terjadi kepada ayah saya yang berlaku secara tiba-tiba," kata beliau, anak sulung dalam keluarga tiga adik beradik itu, meluahkan perasaannya.



Namun, dorongan keluarga dan sokongan rakan-rakan memberinya kekuatan untuk meneruskan pengajiannya.



Kini, beliau ingin menggunakan pengalamannya itu untuk membantu orang lain mengatasi cabaran masing-masing.



Encik Firdaus telah pun mendapat pekerjaan sebagai seorang fisioterapi di Hospital Besar Sengkang (SKH) dan memulakan kerjayanya itu bulan depan.



"Apabila saya dapat bantu pesakit pulih dengan baik, tentu sekali saya gembira.



"Selain itu, saya juga bersyukur kerana dapat membuat perbezaan dalam kehidupan mereka," kata beliau lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >