Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Beratur panjang untuk wang kertas baru sempena Tahun Baru Cina

Jan 06, 2023 | 05:30 AM



BARISAN panjang, kebanyakannya terdiri daripada warga emas yang ingin mendapatkan wang kertas baru menjelang Tahun Baru Cina, dibentuk di dua mesin 'pop-up' ATM di Kelab Masyarakat Ci Yuan di Hougang semalam.



Majoriti mereka yang berada di sana memilih wang kertas baru berbanding wang kertas terpakai yang sesuai untuk pemberian, iaitu dikeluarkan oleh bank setempat buat kali pertama untuk tempoh perayaan tahun ini dalam usaha mengurangkan pelepasan karbon yang dijana daripada pengeluaran wang kertas baru.



Sehingga 10 pagi semalam, kira-kira 60 orang dilihat sedang beratur untuk mendapatkan wang kertas baru, manakala 14 individu menunggu dalam barisan untuk mendapatkan wang kertas yang sesuai untuk pemberian, lapor The Straits Times.



Mesin 'pop-up' ATM beroperasi sejak kelmarin hingga 20 Januari dari 10 pagi hingga 10 malam setiap hari, serta pada 21 Januari dari 10 pagi hingga 1 petang.



Wang kertas baru dan sesuai untuk pemberian boleh dikeluarkan tanpa sebarang tempahan awal di mesin 'pop-up' ATM yang ditawarkan oleh DBS Bank dan ATM UOB terpilih.



Terdapat 72 mesin 'pop-up' ATM pop POSB yang mengeluarkan wang kertas yang sesuai untuk pemberian dan nota baru, meningkat daripada 64 mesin ATM pada 2022.



UOB mempunyai 17 mesin ATM yang mengeluarkan wang kertas baru dan sesuai untuk pemberian, meningkat daripada tujuh mesin ATM pada 2022.



DBS dan UOB juga akan menyediakan wang kertas $2 dan $10 dalam jumlah yang lebih besar, serta wang kertas $50, untuk pengeluaran daripada mesin 'pop-up' ATM pop dan cawangan terpilih.



Pertukaran langsung wang kertas di cawangan DBS, OCBC dan UOB tersedia untuk mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan golongan kurang upaya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >