Majlis Kebangsaan Mengenai Penyalahgunaan Dadah (NCADA) ditubuhkan pada 1995 dan berfungsi sebagai majlis penasihat Kementerian Ehwal Dalam Negeri berhubung program dan strategi antidadah kebangsaan. Berita Minggu mewawancara Pengerusi badan antidadah kebangsaan itu, Encik Hawazi Daipi, tentang rancangan masa depan badan itu. Laporan oleh NAZRY MOKHTAR (nazry@sph.com.sg).
SEBAGAI mantan Anggota Parlimen, beliau sudah melihat dengan mata kepala sendiri banyak kes dadah yang menghancurkan kehidupan keluarga dan menjejas masa depan penagih dadah.