Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Berbaloi' tukar kepada pembekal elektrik di pasaran terbuka

Jan 16, 2021 | 05:30 AM



DALAM sesebuah keluarga lima beranak, kadangkala sukar meramalkan penggunaan elektrik sebulan. Jika tidak dipantau, bil elektrik yang ditanggung mungkin tinggi.



Oleh itu, Cik Susilawati Buang sentiasa mengingatkan keluarganya supaya mematikan suis perkakas yang tidak digunakan bagi menjimat elektrik... dan wang.



"Saya terapkan disiplin ini pada keluarga saya dengan, misalnya, memberitahu mereka kalau tidak perlu menggunakan alat hawa dingin, mereka tidak harus menghidupkannya lama.



"Saya juga sering menekankan bahawa kalau kita mahu jimatkan kos, kita perlu bertanggungjawab dalam penggunaan elektrik di rumah," kata Cik Susilawati, yang tinggal di sebuah flat lima bilik di Woodlands.



Sebagai salah satu langkah mengurangkan kos penggunaan elektrik keluarganya, Cik Susilawati memutuskan bertukar kepada pembekal elektrik baru, Diamond Electric, pada 2017.



Ini selepas beliau menerima risalah Pasaran Elektrik Terbuka (OEM) yang mengandungi senarai pembekal elektrik baru yang boleh dipilih dan daripada perkongsian serta maklum balas rakan-rakan yang telahpun membuat pertukaran.



Menurut Penguasa Pasaran Tenaga (EMA), hingga Oktober tahun lalu, sekitar 48 peratus keluarga membeli elektrik daripada pembekal OEM.



Bagi Cik Susilawati, ia satu keputusan yang amat berbaloi.



"Pada mulanya, saya tidak pasti apakah saya mahu tukar pembekal elektrik, dan jika saya ingin tukar, saya tidak tahu pembekal bagus dan yang harus dipilih.



"Daripada perkongsian rakan-rakan, ada mengatakan beberapa pembekal mempunyai 'kos tersembunyi' dan sebagainya, meskipun harga mereka murah.



"Oleh itu, selepas membuat penilaian rapi, saya memilih Diamond Electric, yang pada masa itu menawarkan diskaun 25 peratus bagi bil bulanan," kata Cik Susilawati, 47 tahun.



Selepas membuat pertukaran itu, Cik Susilawati mendapati bil bulannya jarang melebihi $100. Secara purata, beliau membelanjakan sekitar $60 hingga $80 sebulan bagi kos elektrik keluarganya.



Ibu dua anak berusia 26 dan 27 tahun itu berkata beliau gembira akan khidmat Diamond Electric, yang disifatkannya sebagai "tulus".



Beliau tidak teragak-agak memperbaharui kontrak bersama pembekal elektrik itu selepas ia tamat.



Di samping membekal elektrik kepada keluarganya, Diamond Electric menawarkan perkhidmatan tambahan seperti membaiki paip bocor, menurut Cik Susilawati.



Beliau juga boleh menelefon syarikat itu jika terdapat kecemasan elektrik.



"Boleh dikatakan mereka menawarkan khidmat sehenti yang amat bermanfaat untuk pelanggan mereka," ujarnya.



Sejak pelancaran OEM dua tahun lalu, hampir separuh daripada 1.4 juta keluarga di sini telah bertukar kepada membeli elektrik daripada pembekal.



Sembilan daripada 10 yang telah melakukannya berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pembekal mereka.



Ini antara dapatan Tinjauan Kepuasan Pengguna yang dilakukan Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) dan dikongsinya dalam satu kenyataan bulan lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >