Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Berbasikal 75 km ikut bentuk kepala singa untuk rai Hari Kebangsaan

Aug 11, 2018 | 08:00 PM



 



 



Encik Afiq Syazani, seorang pemuzik berusia 30 tahun meraikan Hari Kebangsaan baru-baru ini dengan caranya yang tersendiri - berbasikal 75 kilometer mengikuti laluan yang melakar kepala singa di peta GPS.



Bercakap kepada akhbar The Straits Times, Afiq berkata beliau mengambil masa tujuh jam untuk melengkapkan jarak itu, yang dirakamkan menggunakan aplikasi (app) menjejak GPS, pada dinihari 9 Ogos.



“Mungkin, jika saya menggunakan basikal lebih baik, saya boleh melengkapkan jarak ini dengan lebih pantas,” kata Encik Afiq, yang menunggang basikal lipat.



Idea berbuat demikian dicetus oleh rakannya, Encik Lucas Liew, 23 tahun, yang berkata penunggang basikal di negara lain juga mengikuti laluan basikal berdasarkan seni paparan.



“Saya cuba menetapkan laluan mengikut berbilang bentuk berbeza, seperti perkataan… tetapi ia terlalu sukar. Justeru, saya mendapat ilham untuk melakukan sesuatu yang boleh dihargai warga lain,” kata Encik Afiq.



Beliau dan Encik Liew memilih imej kepala singa untuk laluan itu, dengan Encik Afiq melalui laluan itu 15 kali sejak tiga bulan lalu untuk melakarnya di peta.



Pasangan itu memulakan perjalanan mereka pada malam 8 Ogos, dan berbasikal di kawasan utara dan pusat Singapura, melintasi kawasan seperti Taman Bandar Toa Payoh dan Politeknik Nanyang.



Namun Encik Liew tidak berjaya melengkapkan laluan, membiarkan Encik Afiq tiba seorang ke ‘garisan penamat’.



“Saya berharap orang ramai akan kian sedar bahawa kegiatan berbasikal di Singapura tidak begitu sukar untuk dilakukan,” ujar Encik Afiq.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >