Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Berbasikal di bandar ekologi Punggol

Rangkaian laluan berbasikal 8.8 kilometer hubungkan penduduk dengan pelbagai kemudahan
Nov 07, 2016 | 05:30 AM



Rangkaian laluan basikal baru siap dibina di kawasan Punggol baru-baru ini, menjanjikan laluan yang selesa, selamat dan lancar bagi penduduk di sana berbasikal pelbagai tempat seperti stesen MRT, LRT dan kawasan beli-belah. Wartawan Berita Harian FAKHRURADZI ISMAIL (mfismail@sph.com.sg) dan SITI AISYAH NORDIN (naisyah@sph.com.sg) melaporkan setelah mencuba sendiri laluan tersebut.



LALUAN dilebarkan, tanah diratakan dan jalur kuning yang menandakan tar hitam jelas menunjukkan laluan dikhaskan bagi pengguna berbasikal.



Rangkaian laluan berbasikal baru sepanjang 8.8 kilometer yang dilancarkan baru-baru ini di kawasan Punggol bertujuan menghubungkan penduduk dengan kemudahan berdekatan seperti stesen MRT dan LRT, pasar raya, pusat riadah dan beberapa sekolah di kawasan itu.



Punggol, yang juga merupakan bandar ekologi pertama Singapura, kini mendapat nama sebagai bandar berbasikal yang ketujuh Singapura - selepas Sembawang, Tampines, Pasir Ris, Yishun, Changi dan Taman Jurong - dengan rangkaian yang siap dibina.



Rangkaian itu juga merupakan sebahagian rancangan pemerintah menggalak warga menaiki pengangkutan mesra alam di Singapura.



Baru-baru ini, wartawan Berita Harian telah berbasikal di kawasan Punggol untuk mencuba sendiri laluan berbasikal itu dan meninjau sejauh mana ia digunakan oleh penduduk di sana.



Kami memulakan ekspedisi berbasikal dengan menyewa basikal di kawasan Punggol Point Park dan menyusuri laluan 8.8 kilometer yang baru dilancarkan itu sebelum mengakhiri perjalanan kami di Pulau Coney.



INGIN MENGELILINGI PUNGGOL? BERBASIKAL SAHAJA



Semasa mengelilingi kawasan itu, kami lihat ramai penduduk sudah pun menggunakan laluan tersebut - sama ada berbasikal atau menggunakan alat mobiliti peribadi (PMD) seperti skuter atau hoverboard untuk bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain.



Kami telah memulakan ekspedisi berbasikal itu sekitar 12 tengah hari, dan walaupun hari tersebut hari bekerja, kami masih lagi melihat ramai yang berbasikal ke hulur ke hilir; sama ada secara perseorang ataupun dengan keluarga.



Malah menurut pengamatan kami, kawasan Punggol mempunyai ramai penduduk yang berbasikal atau menggunakan PMD untuk ke tempat yang dituju jika dibandingkan dengan kawasan perumahan lain.



Laluan itu antara lain menghubungkan beberapa kawasan perumahan termasuk Punggol Central, Edgefield Plains dan Edgedale Plains.



Akses kepada pelbagai kemudahan seperti pusat beli-belah Waterway Point, Punggol Safra dan juga Kelab Masyarakat Punggol 21 juga tersedia melalui laluan tersebut.



Berdasarkan pengalaman kami, ia mengambil masa kurang 10 minit menunggang basikal dari kawasan Punggol Central ke Waterway Point dan juga stesen MRT, LRT dan pusat pertukaran bas Punggol.



Jika anda ingin menuju ke Kelab Masyarakat Punggol 21 atau Punggol Plaza dari stesen MRT Punggol, ia mungkin mengambil masa kurang 15 minit.



Bagi melengkapkan inisiatif menggalakkan lebih ramai berbasikal, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) juga telah meningkatkan prasarana ruang letak basikal di Punggol.



Menurut satu kenyataan LTA, sejak 2013 ia telah menambah 40 peratus lebih banyak ruang letak basikal di stesen MRT Punggol. Kini terdapat lebih 300 ruang sekeliling stesen MRT tersebut.



LTA juga telah bekerjasama dengan Punggol Waterway Point dan Punggol Safra untuk menyediakan kemudahan tempat letak basikal serta memastikan kawasan tersebut mesra pejalan kaki dan penunggang basikal.



Selain memastikan laluan yang mudah dan selamat digunakan, papan tanda yang diletakkan di sepanjang laluan itu mengingatkan pengguna akan peranan mereka memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna lain.



Dengan menggunakan kartun dan warna-warni menarik, papan tanda tersebut mengingatkan pengguna supaya mematuhi peraturan, bersikap bertolak ansur dan mengutamakan keselamatan mereka dan pengguna lain.



BERBASIKAL KE KAWASAN LAIN DARI PUNGGOL



Selain mengelilingi kawasan Punggol, penduduk juga boleh menggunakan rangkaian laluan berbasikal tersebut, yang dihubungkan dengan Rangkaian Penghubung Taman Punggol, untuk berbasikal ke Sengkang.



Tambahan pula, setelah fasa pertama Laluan Keliling Pulau (Round Island Route) siap, pengguna juga bakal berpeluang berbasikal ke Pasir Ris, Changi dan Taman East Coast dari Punggol sebelum tiba ke Gardens by the Bay East.






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >