Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Berbohong di Parlimen: WP bentuk panel teliti pengakuan Raeesah

Nov 03, 2021 | 05:30 AM



PARTI Pekerja (WP) telah membentuk sebuah panel tatatertib bagi meneliti kelakuan Anggota Parlimen (AP) Cik Raeesah Khan, selepas beliau mengaku berbohong di Parlimen mengenai butiran satu kes serangan seksual.



Seorang jurucakap WP semalam berkata panel itu akan meneliti pengakuan yang dibuat Cik Raeesah di Parlimen kelmarin, yang berpunca daripada ucapan awal yang dibuat oleh AP itu pada 3 Ogos lalu di mana beliau mendakwa polis telah salah mengendalikan kes tersebut.



"Panel itu terdiri daripada Setiausaha Agung Pritam Singh, Pengerusi Sylvia Lim dan Naib Pengerusi Faisal Manap. Panel itu akan melaporkan penemuan dan saranannya kepada Jawatankuasa Eksekutif Pusat selepas ia menyelesaikan tugasnya," kata jurucakap itu.



Ketua Dewan, Cik Indranee Rajah, telah mengemukakan aduan rasmi terhadap Cik Raeesah kerana melanggar hak istimewa Parlimen dan agar isu itu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak Istimewa yang meninjau sebarang aduan melanggar hak istimewa Parlimen.



Jurucakap WP menambah kerja Panel Tatatertib parti itu berasingan daripada sebarang keputusan yang mungkin dibuat oleh Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen.



Kelmarin, Cik Raeesah mengaku beliau tidak menemani mangsa rogol itu ke balai polis, seperti yang diceritakannya dalam ucapannya pada 3 Ogos lalu di Parlimen.



Beliau meminta maaf di Parlimen kepada Pasukan Polis Singapura dan menarik balik anekdot yang beliau kongsi tentang kejadian yang didakwa itu.



Dalam menjelaskan mengapa beliau mengada-adakan butiran kes itu, Cik Raeesah, 27 tahun, berkata beliau kurang keberanian untuk mengaku yang beliau adalah sebahagian daripada kumpulan sokongan untuk wanita di mana cerita itu dikongsi, kerana beliau sendiri pernah menjadi mangsa serangan seksual ketika berusia 18 tahun.



Ketua Dewan, Cik Indranee Rajah, berkata Cik Raeesah (GRC Sengkang) telah berbohong kepada Parlimen sebanyak tiga kali, selepas mendapatkan penjelasan tentang butiran perkara itu dengan AP WP tersebut setelah beliau selesai membuat kenyataannya.



Cik Indranee telah mengemukakan aduan rasmi terhadap Cik Raeesah kerana melanggar hak istimewa Parlimen dan agar isu itu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak Istimewa yang meneliti sebarang aduan melanggar hak istimewa Parlimen.



Speaker Parlimen, Encik Tan Chuan-Jin, bersetuju melakukan demikian. Menyusuli itu, Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh, dalam satu kenyataan berkata Cik Raeesah tidak sepatutnya mengongsi kisah yang mengandungi perkara yang tidak benar.



Beliau berkata Akta (Hak Istimewa, Imuniti dan Kuasa) Parlimen memberi AP kebebasan bercakap yang besar, sehinggakan apa yang diperkatakan di Parlimen tidak boleh dicabar atau dipersoalkan di luar Parlimen.



"Walau bagaimanapun, kebebasan bercakap ini tidak meliputi penyampaian kisah yang tidak benar, walaupun motif AP itu bukan berniat jahat," kata Encik Singh.



"Cik Raeesah telah meminta maaf kepada Pasukan Polis Singapura, mangsa serangan seksual, pengundinya, anggota dan sukarelawan Parti Pekerja, serta ibu bapanya. "Beliau mengongsi dengan saya bahawa beliau mahu memperbetulkan keadaan di Parlimen. Ini adalah perkara yang betul untuk dilakukan," tambahnya.




DARI PARLIMEN:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >