SEKITAR RAMADAN
Berbuka dengan makanan berkhasiat di An-Nahdhah
Tahun ini, kempen Sentuhan Ramadan di masjid setempat antara lain menerapkan mesej gaya hidup sihat. Berita Harian meninjau tiga masjid - Masjid Al-Ansar, Masjid An-Nahdhah, dan Masjid Omar Salmah - yang menyajikan juadah berbuka puasa sihat Ramadan ini. Ikuti laporan NUR ADILAH MAHBOB (adilaham@sph.com.sg) dan SITI AISYAH NORDIN (naisyah@sph.com.sg).
Jun 13, 2016 | 05:30 AM
SALAD ayam, kurma shake, dan yoghurt muesli mungkin bukan hidangan yang selalunya disediakan di masjid-masjid di sini untuk berbuka puasa.
Namun, juadah berkhasiat itu merupakan sebahagian daripada menu sihat di Masjid An-Nahdhah yang disediakan untuk Ramadan tahun ini.