Bercita-cita jadi kurator berbekal bakat dalam seni lukisan
Jan 10, 2019 | 05:30 AM
Tiga pelajar daripada Sekolah Seni Singapura (Sota) yang baru mendapat keputusan International Baccalaureate (IB) memberitahu Berita Harian mereka tidak pernah menyesal mengikuti laluan pendidikan alternatif itu. Wartawan SHAHIDA SARHID (sshahida@sph.com.sg) dan NUR FATHIN AWALLUDIN (nfathin@sph.com.sg) melaporkan.
SEMASA di peringkat awal sekolah rendah, Cik Nuryn Qistina Suhaimi aktif dalam sukan bola jaring dan tarian balet.