Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Berdakwah guna platform Instagram

Dua ustaz milenial dan bakat hiphop jadi tamu The BM Show
Jul 19, 2020 | 05:30 AM



DEMI memudahkan orang ramai menggapai ilmu agama dan dalam usaha menyumbang kembali kepada masyarakat, dua ustaz milenial ini - Ustaz Fadhly Rosli dan Ustaz Tamliikhaa Khamsani - menggunakan platform Instagram untuk berdakwah dan berkongsi pengetahuan bersama orang ramai.



Setiap sesi IG Live mereka menampilkan topik yang dekat pada hati umum, dengan sesi mereka itu boleh mencapai ratusan penonton, malah kadang kala lebih 1,000 penonton kadang kala.



Berbincang tentang penggunaan wadah media sosial dalam episod terkini The BM Show hari ini, pengasas Khidmat Pendidikan At-Tabseer, Ustaz Fadhly, 31 tahun, berkata platform sedemikian menyediakan peluang dan kemudahan untuk asatizah seperti beliau mendekati orang ramai, terutamanya semasa pandemik Covid-19 ini.



"...ketika adanya Covid-19 ini, ramai yang lebih kepada Instagram daripada Facebook. Di situ saya melihat bahawasanya ada satu cara untuk kita menyampaikan mungkin lebih kepada anak-anak yang muda (jika) dibandingkan generasi yang lebih dewasa.



"Jadi bagi saya, lebih mudah untuk menggunakan media sosial dalam keadaan ini," kata beliau.



Tambahnya, dengan masjid-masjid ditutup dan kuliah serta kursus ditiadakan semasa pandemik ini, ia mencetuskan idea kepada beliau dan Ustaz Tamliikhaa untuk mengadakan sesi IG Live seperti itu untuk memudahkan masyarakat menimba ilmu seperti biasa.



Selain kemudahan yang disediakan platform media sosial, pengasas Islamic Value Meal, Ustaz Tamliikhaa, 29 tahun, pula berkata sesi perkongsian ilmu di IG Live memberi peluang kepada mereka yang tidak mampu menyertai majlis agama meraih ilmu secara percuma.



"Saya cakap dengan Ustaz Fadhly, kita tidak merancang sebenarnya untuk membuat live dan sebagainya tetapi mungkin atas dasar rezeki atau jodoh bertemu, kita buat perkara ini. Secara jujurnya, kita tak dapat duit.



"Kita buat ini, sebagai contoh, kalau orang tak mampu bayar datang acara ataupun majlis agama yang kita buat, kali ini kita buat freelah. Kalau rezeki yang lain bertahun-tahun kita dah dapat, inilah masanya kita bagi balik secara percuma. Jadi, dengan harapan ada orang yang dapat menimba ilmu," kata beliau.



Episod terkini The BM Show turut menampilkan bakat tempatan, Encik Ahmad Syafiq Roslan, 34 tahun, yang sudah sekitar dua dekad terlibat dalam tarian hiphop dan tetap masih 'hip' melakukan 'break dance'.



Menurut Encik Syafiq, minatnya dalam hiphop tercetus oleh abang saudaranya, Encik Muhammad Rizalludin Muhammad Tahir.



"Dia (abang saudara) aktif. Saya pun tengok macam minatlah… Sekitar satu, dua tahun selepas itu, baru terjumpa kawan yang kebetulan juga minat dengan hiphop, bukan dari segi joget saja tetapi juga muzik, seni graffiti, rap. Kebetulan semua unsur ini datang bersama, dan ia lebih menarik diri saya (untuk minat) dengan budaya itu," kata beliau.



Minggu ini, hos rancangan, Cik Hanim Mohd Salleh juga diberi cabaran membuat bunga dengan menggunakan kain dalam episod keenam The BM Show.



The BM Show disiarkan di Facebook dan Instagram Berita Harian Singapura setiap Ahad bermula 10 pagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >