Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Berdakwah tanpa semuka tetap berkesan...

Mar 01, 2021 | 05:30 AM



TEKNOLOGI dan dakwah kini bergerak seiringan.



Bagi memenuhi tuntutan pekerjaan dan permintaan pelajar mereka, beberapa asatizah kini telah mendakap dan memanfaatkan platform digital dan teknologi untuk meneruskan pengajaran ukhrawi.



Asatizah ini sanggup kembali ke bilik darjah dan bersedia menghadapi cabaran pembelajaran digital era baru ini.



Dalam keadaan Singapura mengharungi pandemik Covid-19 yang menggugat rutin kehidupan dan pembelajaran, rata-rata asatizah yang ditemui Berita Harian (BH) menyokong untuk meneruskan pendidikan ukhrawi kepada anak murid mereka menerusi kaedah digital, biarpun tanpa bersua muka.



Misalya Ustaz Muhaimin Tokyan yang dirinya tergolong golongan kurang upaya (PWD) dan kurang daya penglihatan.



Namun beliau tetap meneruskan pembelajaran Al-Quran Braille dalam talian kepada pelajarnya dengan menggunakan aplikasi Zoom.



Selain mengajar di salah sebuah masjid tempatan, Ustaz Mohaimin juga mengendalikan pembelajarannya bersama Persatuan Belia Bedok untuk Insan Kurang Upaya (BYSD).



Ustaz Mohaimin, 57 tahun, berkata antara cabaran terbesarnya adalah memastikan keterbatasan dalam penglihatannya tidak menjejas mutu pembelajaran kepada pelajarnya.



Baginya, platform digital tidak menjadi kerisauannya kerana beliau sudah terdedah kepada kemahiran teknologi kerana pernah bertugas sebagai penjawat awam lebih dua dekad lamanya.



"Dunia teknologi sudah agak sebati dalam diri saya... tiada masalah mengendalikannya. Namun keprihatinan utama saya adalah memastikan keterbatasan penglihatan ini tidak menjejas mutu dan perkhidmatan yang diberikan kepada murid-murid.



"Biar apa juga cabaran yang dihadapi, konsep pembelajaran ukhrawi sama ada dalam talian atau secara bersemuka perlu berkualiti dan mampu memberi kesan kepada pelajar," ujar Ustaz Mohaimin, yang pernah bertugas di Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY).



Bagi Ustazah Bibi Sahidah Syed Attar Shah, 67 tahun, dan Ustazah Manisah Samian, 55 tahun, pula bidang IT dan pembelajaran dalam talian agak baru dan janggal bagi mereka pada awalnya.



Namun kededua wanita ini berani menyahut cabaran dan telah menjadi pemangkin untuk mereka mendalami bidang teknologi, dan memanfaatkannya dalam kehidupan seharian.



Kini setelah menjalani latihan dan tekun meningkatkan kemahiran baru, Ustazah Bibi lebih berdikari dan mampu mengendalikan kelas mayanya lima kali seminggu tanpa sebarang masalah.



Beliau juga gemar mengikuti kursus pendek bersiri menggunakan kredit SkillsFuture bersama suaminya. Bukan itu sahaja, Ustazah Bibi juga memandu Grab secara sambilan.



"Walaupun di usia senja ini, saya masih menyahut cabaran dan ingin terus meningkatkan diri dalam dunia teknologi dan pembelajaran baru," jelas Ustazah Bibi.



Ustazah Manisah pula menganggap pendigitilan bakal menjadi basahan hidup pada hari muka, bukan hanya untuk perniagaan tetapi juga untuk berdakwah dan menyampaikan ilmu kepada umum.



Selain menjalankan rutin pengajaran ukhrawi secara 'online', beliau juga mampu menjalankan perniagaan kuihnya dan menjana pendapatan menggunakan media sosial.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >