Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Berehat, makan angin dan segarkan semula menu

Jul 19, 2022 | 05:30 AM



Penguasa Tanah Singapura (SLA) telah mengumumkan penutupan Pusat Makanan Seah Im (SIFC), selama enam bulan mulai September tahun ini untuk kerja-kerja peningkatan. Menjelang penutupan itu, BERITA HARIAN menemu bual dengan beberapa penjaja di situ untuk mengetahui tentang rancangan mereka yang akan datang dan keprihatinan mereka apabila makanan pusat makanan itu ditutup pada September bagi kerja-kerja peningkatan.




PASANGAN Encik Shasrudin Daliman, 59 tahun dan isterinya, Cik Noor Zilah Sallehan, 56 tahun, mengendalikan dua gerai di Pusat Makanan Seah Im (SIFC) - Daliman's Korner dan Farasha.



Setiap pagi, sudah menjadi rutin mereka untuk ke pasar selepas solat Subuh bagi membuat persiapan untuk memulakan perniagaan gerai makanan mereka itu.



Justeru, pasangan itu berkata mereka akan merasakan kekosongan kelak apabila terpaksa 'tutup kedai' selama enam bulan sedang SIFC menjalani kerja-kerja peningkatan.



Namun, melebihi rasa kekosongan itu, Encik Shahsrudin dan Cik Noor Zilah turut dihimpit kebimbangan kerana masih belum tahu akan keadaan mereka bagi enam bulan akan datang, selain bimbang menjejas mata pencarian pekerja mereka.



"Kami sedang fikirkan sama ada ingin menyewa gerai baru di lokasi lain, menyewa dapur pusat atau mungkin mengambil tempahan dari rumah,'' kata Cik Noor Zilah, yang belum membuat keputusan dan mempunyai enam pekerja termasuk dua adik-beradiknya sendiri.



"Kalau kami pindah atau sewa gerai yang baru di tempat lain juga susah, kerana enam bulan terlalu singkat untuk menyesuaikan gerai itu dan mendapatkan pelanggan tetap dan kemudiannya, kami perlu beralih semula ke SIFC," jelas beliau yang telah berniaga di SIFC sekitar 38 tahun.



Encik Shahsrudin dan Cik Noor Zilah akur mereka tahu mengenai penutupan pusat makanan itu sejak sekitar dua tahun lalu, namun berkata tidak mudah bagi mereka untuk membuat perancangan.



Justeru, tanpa pelan kesinambungan perniagaan, Encik Shahsrudin berkata beliau tiada lain pilihan selain mengambil keputusan untuk berehat sepenuhnya.



"Mungkin saya akan pergi holiday ke luar negara," katanya, tersenyum lebar.



Cik Noor Zilah pula berkata beliau akan mengambil masa sekitar enam bulan itu untuk menyusun strategi dalam memasarkan gerai barunya nanti, serta mengubah suai menunya.



"Masanya sesuai untuk saya segarkan menu nanti bila gerai baru dibuka.



"Sementara waktu ini, mungkin kami akan masak dari rumah dan buka tempahan secara online...tengok macam mana keadaannya nanti," tambah Cik Noor Zilah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >