Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

JAMIYAH SINGAPURA

Berehat sambil beramal di atas kapal persiaran World Dream

Apr 02, 2021 | 05:30 AM



PADA 17 Mac 2021, Jamiyah Singapura menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU) bersama sebuah syarikat pelayaran, Dream Cruises.



Melalui perjanjian tersebut, Jamiyah secara rasminya telah diiktiraf sebagai 'badan amal angkat' bagi Dream Cruises.



Pengiktirafan ini ada kaitannya dengan skim Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Dream Cruises demi menabur bakti kepada masyarakat menerusi penajaan badan-badan amal setempat.



Melalui skim tersebut, Dream Cruises akan menyumbang sejumlah peratusan program pelayarannya kepada Jamiyah, di samping membantu mengumpul dana demi manfaat kepada penerima bantuan (benefisiari) Jamiyah.



Seperti yang dimaklumi, pandemik Covid-19 telah menyebabkan kemerosotan ekonomi dan kegenjotan sosial beberapa golongan dalam masyarakat.



Umpamanya, bilangan mereka yang meminta bantuan daripada Jamiyah bagi mendapatkan khidmat kaunseling percuma, catuan makanan dan perkhidmatan lain, turut meningkat secara drastik.



Oleh itu, daya usaha yang dimeterai dengan Dream Cruises ini dipercayai kena pada masanya bagi membantu Jamiyah merancakkan lagi usaha pengumpulan dana, terutamanya meneruskan misi membantu golongan masyarakat yang kurang bernasib baik.



Sebagai permulaan, Dream Cruises akan membawa sepuluh orang benefisiari Jamiyah dan keluarga mereka menaiki kapal persiaran 19 tingkat, World Dream bagi pelayaran Hari Raya pada 23 Mei 2021.



Penerima bantuan ini dipilih kerana telah melalui dua program Jamiyah, iaitu 'Lingkaran Kecemerlangan Keluarga' (FEC) dan 'Memperkasa dan Menjaga Keluarga' (ECF).



Kedua-dua program ini berusaha membantu keluarga membina daya tahan di samping terus berusaha hidup berdikari.



World Dream adalah kapal pertama di rantau Asia-Pasifik yang berjaya menerima sijil piawaian halal daripada Institut Piawaian dan Metrologi bagi Negara Islam (SMIIC), yang diberikan oleh Pembangunan Halal Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWHD).



Restoran yang berada di dalam kapal ini - The Lido - pula merupakan salah satu restoran paling popular dalam kapal World Dream.



Ia menyajikan sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam, dengan sudut kudapan tersedia 24/7.



World Dream menawarkan perkhidmatan makanan halal yang dikhususkan kepada tetamu Muslim bagi memenuhi selera dan cita rasa mereka.



Selain itu, kapal persiaran ini turut menawarkan Crystal Life Spa yang lengkap dengan persekitaran, produk dan perkhidmatan yang mesra serta halal.



Naib Presiden Kanan Jamiyah, Encik Mohd Yunos Mohd Shariff, menjelaskan:



"Dalam masa yang terdekat ini, Dream Cruises akan menampilkan pelayaran istimewa sempena Ramadan dan Hari Raya. Selain itu, Jamiyah juga menganjurkan empat pelayaran khas selama 3 hari 2 malam di kapal persiaran World Dream semasa cuti sekolah bulan Jun akan datang.



"Setiap pelayaran mempunyai tema khusus dan dihiasi persembahan daripada beberapa tetamu khas dan selebriti yang dikenali ramai.



"Selain persembahan dan kegiatan lain, Jamiyah juga akan memasukkan upacara Qiamulail kepada yang berminat sewaktu pelayaran."




PELAYARAN RAMADAN, HARI RAYA DAN PERCUTIAN JUN



Oleh sebab sebahagian daripada hasil tempahan dengan World Dream akan didermakan kepada Jamiyah Singapura, anda bolehlah berehat sambil beramal.



Bagi sebarang tempahan atau pertanyaan mengenai pelayaran Ramadan, Hari Raya dan Percutian Jun:



  • sila hubungi talian khas 6832-9687/6832-9810 atau e-mel kepada sg.sales@ gentingcruiselines.com.

    Sertakan kod promo: JAMIYAH, bagi memudahkan agihan hasil pelayaran disalurkan kepada Jamiyah Singapura.

  • Demi memudahkan penderma menghulurkan bantuan dengan hanya satu klik, Jamiyah Singapura juga telah meningkatkan portal sumbangan dalam talian.

  • Sekarang, anda boleh membuat beberapa bentuk sumbangan seperti zakat, derma Bank Makanan, dan tempahan bagi pesanan Qurban 2021 dengan hanya mengimbas Kod QR yang disediakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >