Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bergelar teknologis perubatan lepas sahut peluang ikuti latihan

tp
Nov 25, 2020 | 05:30 AM



SETELAH tiga tahun berusaha mencari pekerjaan yang berkaitan dengan bidang pengajiannya di universiti, Cik Nur Shazana Sanif berjaya mendapat kerja yang diidamkan baru-baru ini, setelah menyahut peluang latihan yang ditawarkan.



Beliau kini bergelar ahli teknologi perubatan di makmal tempat beliau menjalani program latihan sambil kerja bagi kursus Latihan Pengujian Virus RNA berasaskan Molekul yang diikutinya.



Cik Shazana, 28 tahun, mendapat tahu tentang kursus tersebut melalui e-mel, dan segera mendaftar.



Pada waktu itu beliau baru berhenti kerja sebagai setiausaha perubatan setelah memegang jawatan sepenuh masa itu selama hampir dua tahun.



"Sejak tamat pengajian pada 2017, saya telah memohon kerja di beberapa tempat tetapi ditolak kerana tidak mempunyai pengalaman. Saya mula mengajar tuisyen, dan kemudian bekerja sebagai setiausaha perubatan tetapi ia tidak berkait dengan bidang pengajian saya," ujar lulusan Sains Bioperubatan itu.



"Apabila mendapat tahu tentang latihan ini, saya segera mendaftar kerana saya melihatnya sebagai kursus ulang kaji, dan berharap ia dapat membuka lebih banyak peluang untuk saya.



"Kursus itu juga menawarkan program latihan sambil kerja selama satu minggu - agak singkat berbanding biasa selama beberapa bulan. Ia membolehkan saya mengetahui lebih mendalam tentang tugas seorang ahli teknologi perubatan," tambahnya.



Setelah menjalani latihan selama satu minggu, beliau dihantar menjalani latihan sambil kerja di sebuah makmal selama satu minggu, dan pada hari terakhir ditawarkan bekerja di situ.



"Saya kini melakukan perkara yang sama seperti semasa latihan sambil kerja iaitu melakukan pengujian ke atas sampel swab. Pada masa sama, saya diberi peluang untuk menambah kemahiran. Saya dihantar menjalani latihan lain supaya dapat melakukan lebih banyak tugas," kata Cik Shazana yang kini bekerja syif 12 jam sehari.



Sedang beliau bersyukur mendapat pekerjaan yang diidamkan semasa pandemik Covid-19, Cik Shazana sedar yang beliau perlu memanfaatkan masanya sebaik mungkin kini, supaya dapat kekal relevan selepas krisis itu berakhir kelak.



"Saya berharap dapat menimba seberapa banyak pengetahuan yang mungkin dalam tempoh ini, dan mahir menggunakan mesin-mesin yang ada," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >