Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Berhasrat didik orang ramai tentang barah

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

BERITA

Berhasrat didik orang ramai tentang barah

Mahu kikis tanggapan negatif masyarakat
Jan 02, 2021 | 05:30 AM

Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud telah mengadakan Majlis Penyampaian Dermasiswa ke-55 pada 23 Disember dan disampaikan buat kali pertama secara dalam talian. Seramai 563 penerima menyertai majlis itu, termasuk beberapa pelajar yang menceburi bidang unik dan tidak diketahui ramai. BERITA HARIAN menemu bual tiga penerima dermasiswa bagi mengetahui lebih lanjut.


MINATNYA dalam bidang onkologi mula dipupuk semasa Cik Siti Nuramalina Mazlan menjalani program latihan sambil belajar di Pusat Barah Kebangsaan Singapura pada tahun akhir pengajiannya di Politeknik Republic, di bawah kendalian pasukan barah paru-paru.

Dari situ beliau mengambil keputusan menyambung pengajian sarjana mudanya dalam bidang sains bioperubatan di Universiti Murdoch di Perth, Australia.

Di Universiti Murdoch pula, salah satu unit yang diambilnya adalah mengenai perubatan barah lanjutan yang mengajarnya tentang faktor yang menyumbang kepada barah dan juga jenis terapi yang boleh dijalankan.

Semasa di Murdoch, beliau bertugas di Hospital Besar Singapura (SGH) di bawah Jabatan Pembedahan. Salah satu projek yang beliau bantu kendalikan memberi tumpuan kepada warga tua yang mempunyai sejarah barah, dan dari situ beliau dapat melihat kesan dari segi emosi yang dialami warga tua.

Dengan sokongan dan minat yang didorong oleh ketua koordinatornya semasa di SGH, beliau bertekad melanjutkan pengajian sarjananya dengan pengkhususan di dalam bidang onkologi dan penyelidikan barah.

Gadis berusia 25 tahun ini baru sahaja selesai menjalankan program prasarjana di University of Glasgow, Scotland, sebelum memulakan pengajian sarjananya dalam Penyelidikan Barah dan Ketepatan Onkologi.

Semasa dihubungi Berita Harian, penerima dermasiswa Pos-Sarjana LBKM itu berkata beliau tidak menjangka menerima bantuan ini, dan berasa bersyukur dan sangat gembira kerana ada bantuan tambahan dari segi kewangan untuk pengajiannya.

"Saya memberitahu teman-teman, jika ada rezeki, saya bersyukur. Jika tiada, tidak mengapa."

Semasa menjalankan program prasarjananya, beliau terpilih sebagai salah satu portfolio terbaik dan digunakan untuk bahan rujukan di institusi tersebut. Beliau juga menerima anugerah pencapaian semasa menjalankan program tersebut. Malangnya, beliau terpaksa pulang ke Singapura pada Mac lalu semasa wabak Covid-19 mula menjadi teruk.

Ditanya tentang rancangannya selepas menghabiskan pengajian, beliau menyatakan keinginannya melanjutkan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah, tetapi ingin memberi peluang kepada adik lelakinya melanjutkan pelajarannya pula. Dengan mengikut nasihat ibu bapanya mengenai pentingnya pendidikan untuk masa depan seseorang, beliau berhasrat mendidik orang ramai tentang penyakit barah dan pada masa yang sama menukar tanggapan negatif masyarakat terhadap penyakit ini.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3