Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Berhenti jadi guru prasekolah demi raih diploma dalam Kerja Sosial

Mahu lengkapkan diri dengan ilmu, kemahiran bantu wanita dengan masalah mental
Jun 12, 2022 | 05:30 AM



HAMPIR dua dekad selepas melangkah ke alam pekerjaan, Cik Nurul Syazana Mohd Adnan kini kembali ke bangku sekolah sebagai pelajar sepenuh masa di politeknik.



Setelah 10 tahun dalam sektor pendidikan awal kanak-kanak, Cik Syazana mengakhiri kerjayanya sebagai guru prasekolah pada 2015 untuk memulakan sebuah masyarakat sokongan yang menggalakkan kesejahteraan mental.



Pernah bergelut dengan masalah kesihatan mental sendiri, wanita berusia 32 tahun itu menubuhkan Asha & Co untuk mendekati wanita lain yang sedang melalui isu serupa.



Ini demi membantu mereka melengkapi diri dengan sumber yang mungkin diperlukan untuk mendapatkan bantuan, campur tangan dan sokongan yang sesuai.



Dari situ, terputik minat bagi kerja kemasyarakatan dalam dirinya, yang kemudian membuat keputusan memburu diploma dalam Kerja Sosial demi meluaskan ilmu dalam bidang tersebut.



Kini, beliau merupakan pelajar tahun kedua di Politeknik Nanyang (NYP) yang disertainya melalui Latihan Kemasukan Awal (EAE) (Dewasa Bekerja).



EAE ialah latihan kemasukan berasaskan bakat yang memberikan politeknik lebih banyak fleksibiliti untuk memilih dan menerima pelajar berdasarkan bakat dan minat mereka - dan bukan keputusan akademik.



EAE terbuka kepada pelajar yang akan menamatkan pengajian Peperiksaan GCE Peringkat 'O', pelajar tahun akhir Nitec dan Higher Nitec daripada Institut Pendidikan Teknikal (ITE), serta warga atau penduduk tetap Singapura dewasa yang mempunyai dua tahun atau lebih pengalaman kerja berkaitan.



Kesemua lima politeknik di sini menawarkan kemasukan melalui EAE.



Ditanya apa yang membuatnya mahu kembali menjadi pelajar sepenuh masa setelah begitu lama bekerja, Cik Syazana berkata:



"Apabila saya mulakan Asha & Co, saya tidak mempunyai banyak pengetahuan sebenar... sebab ia sangat berbeza daripada apa yang saya lakukan pada masa itu (pendidikan awal kanak-kanak).



"Jadi, menimba lebih banyak ilmu sentiasa ada dalam fikiran saya.



"Dah tujuh tahun masyarakat ini diwujudkan dan sehingga kini kami telah berkhidmat kepada sekitar 1,500 orang, jadi saya rasa sebahagian tanggungjawab saya juga memastikan masyarakat ini diuruskan dengan betul dan salah satu caranya ialah saya kembali ke sekolah agar dapat menimba ilmu itu."



Antara perkara yang dipelajarinya sebagai pelajar Kerja Sosial termasuk kaunseling dan pemudahcaraan kumpulan yang amat berguna dalam kerjayanya kini, kata Cik Syazana.



Meskipun akur mengimbangi masa dan tenaga sebagai pelajar dan pekerja sepenuh masa memang sukar, beliau bersyukur dibantu sistem sokongan yang utuh termasuk daripada suami, rakan sekolah dan pensyarahnya.



Malah, lebih daripada hanya menghadiri kelas di NYP, Cik Syazana turut menyertai beberapa kegiatan ko-kurikular di sana.



Beliau menggalas peranan sebagai presiden jawatankuasa eksekutif Rangkaian Rakan Kerja Sosial NYP dan merupakan ketua rangkaian di kelab keusahawanan politeknik tersebut.



Dengan Gred Purata Mata (GPA) 3.96 setakat ini, Cik Syazana yang dijangka menamatkan pengajian diplomanya pada 2024 berkata beliau merancang melanjutkan lagi pendidikannya selepas itu, namun, turut terbuka pada pilihan lain juga.




LATIHAN KEMASUKAN AWAL (EAE) POLITEKNIK



  • Latihan kemasukan berasaskan bakat dan minat, bukan keputusan akademik.

  • Ditawarkan di politeknik-politeknik Nanyang, Ngee Ann, Singapura, Republic dan Temasek.

  • Tarikh permohonan EAE

- Pelajar GCE 'O': 23 Jun hingga 29 Jun



- Pelajar Nitec dan Higher Nitec ITE: 9 Jun hingga 15 Jun



- Dewasa bekerja: 6 Jun hingga 3 Julai




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >