Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Beri dokumen palsu: 11 pemegang EP dan Pas S teknologi infokom ditarik balik

Aug 03, 2021 | 05:30 AM



SEBANYAK 11 pemegang Pas Pekerjaan (EP) dan Pas S dalam industri teknologi infokom telah ditarik balik pas kerja dari 2018 hingga 2020, kerana memberi dokumen kelayakan palsu.



Kesemuanya dilarang daripada bekerja di Singapura, kata Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng.



Beliau mendedahkan bahawa kementeriannya meneliti kelayakan yang diberikan menerusi pangkalan data institusi apabila menilai permohonan untuk pas pekerja asing.



Dr Tan berkata demikian bagi menjawab soalan Encik Gan Thiam Poh (GRC Ang Mo Kio) mengenai jumlah kelayakan pendidikan yang dipalsukan bagi EP dan Pas S dalam masa tiga tahun lalu.



Menurut beliau majikan mempunyai tanggungjawab utama bagi memastikan kelayakan calon adalah sahih apabila mereka memberi permohonan pas kerja.



Kementerian Tenaga Manusia (MOM) juga menjalankan pemeriksaan tambahan menerusi pangkalan datanya yang menyemak dengan tetap menerusi laporan sumber terbuka dan kajian pihak ketiga.



Bagi permohonan yang mempunyai kelayakan dari institusi bukan dalam pangkalan datanya, MOM memerlukan majikan agar memberi bukti penilaian pihak ketiga bagi memastikan kelayakan itu ditauliahkan.



"Kami akan menolak permohonan yang mengandungi kelayakan tidak bertauliah atau palsu," kata Dr Tan.



MOM menggunakan model ramalan penipuan bagi mengklasifikasikan institusi akademik menurut pelbagai tahap risiko.



Bagi permohonan yang berisiko tertinggi, majikan harus memberi bukti pengesahan dari pertubuhan penilaian pihak ketiga.



Permohonan itu akan ditolak jika tiada bukti pengesahan bagi mengesahkan yang kelayakan pemohon itu adalah sah dan tulen, terang Dr Tan.



Terdapat proses berbeza bagi permohonan yang dianggap lebih berisiko rendah, tambahnya.



Encik Leon Perera (GRC Aljunied) kemudian bertanya, antara lain, bagaimana kementerian mengklasifikasikan institusi pendidikan berdasarkan risiko.



Dr Tan memberi jaminan bahawa MOM telah mengekalkan pangkalan datanya selama bertahun, yang dibandingkan dengan agensi pengesahan pihak ketiga dan bekerja rapat dengan mereka.



"Kami menggunakan gabungan analitik data, meneliti mereka dan menentukan strategi stratifikasi risiko yang akan kami padankan... semua permohonan ini apabila ia tiba kepada kami menerusi pangkalan data yang kami ada," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >