Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Beri lebih sokongan kepada kaum bapa di tempat kerja, rumah dalam harungi tekanan pelbagai amanah: Presiden Halimah

Jun 19, 2021 | 03:53 PM



LEBIH banyak perkara yang boleh diusahakan bagi menyokong kaum bapa, akur pada situasi bapa zaman sekarang perlu menanggung banyak tekanan dengan pelbagai peranan perlu digalas.



Mencatat demikian sempena Hari Bapa pada Ahad (20 Jun) di dalam pos Facebook pada Sabtu (19 Jun), Presiden Halimah Yacob memberi beberapa contoh di mana golongan bapa boleh dibantu dalam beberapa cabang kehidupan mereka.



"Di tempat kerja, majikan boleh membenarkan golongan bapa mudah memanfaatkan skim mesra keluarga tanpa berasa bersalah menggunakannya. Kaum bapa juga boleh berbincang dengan pasangan mereka bagaimana mereka boleh memberi lebih sokongan di rumah.



"Kaum ibu pula boleh mengurangkan kritikan terhadap kaum bapa (apabila mereka membantu dalam kerja rumah). Setiap apa yang dilakukan tidak semestinya dibuat serba sempurna atau mengikut bagaimana kaum ibu lakukan," jelas Puan Halimah.



Beliau akur golongan bapa masa kini berdepan dengan banyak tekanan menjalankan bermacam peranan.



"Masyarakat menjangkakan agar anda menjadi pencari nafkah utama walaupun isteri anda juga bekerja. Namun, anda juga diharapkan agar memainkan lebih banyak peranan terlibat dalam kehidupan anak-anak anda.



"Anda tidak mahu menjadi bapa yang 'lenyap' daripada kehidupan anak-anak tetapi kadangkala anda tidak bersedia bagi peranan sedemikian mengikut bagaimana masyarakat mendefinisikan peranan kejantinaan seseorang serta mengikut cara bagaimana anda dibesarkan," tambah Puan Halimah.



Beliau mengimbas semula keadaan dirinya yang kehilangan ayah pada usia lapan tahun lantas terlepas peluang meluangkan masa bersembang secara bermakna dan mendalam dengan ayahnya itu, sesuatu yang dapat dilakukan jika hayat ayahnya panjang.



Ibu Puan Halimah memainkan peranan sebagai ayah dan ibu dalam tempoh tersebut.



Melahirkan harapannya, beliau berharap anak-anak akan menghargai dan menyanjung bapa mereka. Menurutnya, kaum bapa melakukan yang terbaik, kadangkala dalam keadaan yang sangat sukar.



"Mungkin sebagai permulaan yang baik, anda boleh berbual dengan bapa anda. Anda akan terkejut melihat betapa banyak perkara yang boleh anda pelajari daripada perbualan itu," ujar Puan Halimah. 



Ucapan Selamat Hari Bapa disampaikan Puan Halimah kepada golongan bapa dengan harapan kehidupan mereka dipenuhi dengan kebahagiaan, ketenangan dan kegembiraan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >