Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Beri makan lembu di perayaan Pongal

Jan 12, 2022 | 05:30 AM



TIDAK seperti sambutan tahun lalu, perayaan Pongal yang telah dirasmikan di Little India tahun ini menyaksikan pelbagai aktiviti termasuk mengecat pasu serta berpeluang melihat lembu dan kambing secara dekat.



Dianjurkan oleh Persatuan Pekedai dan Warisan Little India (LiSHA), perayaan empat hari bermula Jumaat lalu itu telah menampilkan aktiviti khas untuk pelajar dan pekerja migran.



Perayaan ini secara tradisional, disambut oleh petani di India untuk mengucapkan terima kasih atas hasil tuaian yang banyak.



Aktiviti sampingan untuk menandakan perayaan Pongal tahun ini telah dibuka kepada individu yang telah divaksin Covid-19 dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.



Menteri Pengangkutan, Encik S Iswaran (gambar, kiri) telah turut meninjau perayaan itu pada Sabtu lalu. Beliau antara lain dilihat memberi makan kepada lembu semasa Majlis Penyalaan Lampu Pongal di Little India.



Dalam satu catatan di laman Facebook semalam, Encik Iswaran berkata:



"Ia secara tradisional disambut oleh petani di India untuk mengucapkan terima kasih atas tuaian yang banyak.



"Di Singapura, perayaan itu menjadi peringatan kepada kita untuk bersyukur atas nasib baik yang kita perolehi, cabaran yang dapat kita tempuhi, dan melihat masa depan dengan harapan untuk hari yang lebih cerah."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >