Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Beri maklumat log masuk SingPass, 2 akan didakwa di mahkamah

Mar 20, 2022 | 05:30 AM



DUA lelaki berusia 19 dan 25 tahun akan didakwa di mahkamah esok kerana dikatakan telah mendedahkan butiran log masuk SingPass dan menyerahkan akaun bank kepada orang yang tidak dikenali untuk mendapatkan duit dengan mudah.



Kedua-dua lelaki itu telah melihat iklan di Telegram dan Instagram yang menawarkan mereka wang tunai sebagai ganti untuk mendapatkan butiran SingPass mereka.



"Butiran SingPass mereka kemudian dikatakan telah digunakan sindiket penipuan untuk membuka akaun bank," kata polis.



"Akaun bank mereka yang didedahkan itu serta akaun bank yang dibuka sindiket juga dikatakan telah digunakan untuk menyimpan hasil yang diraih daripada penipuan tersebut."



Siasatan menunjukkan pada awal tahun lalu, lelaki 19 tahun itu dikatakan telah memberikan butiran log masuk SingPassnya bagi membalas iklan di Instagram yang bertanyakan jika ada sesiapa yang berminat mendapatkan wang tunai dengan cepat.



Butirannya telah digunakan untuk mengakses akaun SingPass dan membuka tiga akaun bank dengan Citibank dan CIMB Bank, kata polis.



Akaun bank itu kemudian digunakan untuk menyimpan hasil wang daripada tindakan jenayah yang bernilai lebih $77,000.



Dia turut didakwa didekati seorang anggota sindiket penipuan di Telegram untuk menjual akaun banknya.



Dia telah menubuhkan akaun bank Standard Chartered dan didakwa menyerahkan kuasa akaunnya kepada sindiket tersebut.



Jika didapati bersalah mendedahkan butiran log masuk SingPass, kedua-dua lelaki itu boleh dipenjara sehingga tiga tahun, denda sehingga $10,000 atau kedua-duanya, bagi pesalah kali pertama.



Bagi dakwaan menyerahkan kuasa bagi akaun bank mereka, kedua-dua lelaki itu boleh dipenjara sehingga dua tahun dan/atau didenda sehingga $5,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >