Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ANUGERAH GURU ARIF BUDIMAN

Beri peluang penerima Agab kongsi kepakaran: Maliki

Lebih 200 pencalonan diterima, lapan finalis punya keistimewaan tersendiri
Nov 06, 2021 | 05:30 AM



Beberapa guru Bahasa Melayu bakal ditabal sebagai Guru Arif Budiman dalam satu majlis penyampaian anugerah itu hari ini. Mereka dipilih daripada lebih 200 pencalonan yang diterima bagi Anugerah Guru Arif Budiman (Agab) tahun ini. Sempena ulang tahun ke-15 anugerah itu tahun ini, BERITA HARIAN menyingkap usaha Agab mengiktiraf guru yang memartabatkan pembelajaran serta pengajaran bahasa ibunda. 




ANUGERAH Guru Arif Budiman (Agab) boleh dijadikan lebih bermakna dengan meningkatkan peluang bagi penerima anugerah mengongsi kepakaran mereka dengan guru lain, kata Menteri Kedua Pendidikan, Dr Mohamad Maliki Osman.



"Antara penyesuaian yang boleh dipertimbangkan adalah untuk menjadikan Agab lebih bermakna, dengan memberi lebih banyak peluang kepada guru Agab untuk menyumbang kembali kepada bidang perguruan.



"Jika kita boleh memberi ruang untuk mereka menunjukkan kebolehan mereka, menunjukkan apa keistimewaan mereka sebagai guru Agab, saya rasa ini boleh memberi motivasi kepada guru yang lain," kata Dr Maliki, yang juga pengerusi Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC).



Beliau berkata demikian dalam satu wawancara bersama Berita Harian (BH) sempena ulang tahun ke-15 Agab tahun ini.



Beberapa guru bakal ditabal sebagai Guru Arif Budiman dalam satu majlis penyampaian anugerah tersebut hari ini.



ANUGERAH Guru Arif Budiman (Agab) dianjurkan Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS), Persatuan Guru Bahasa Melayu (PGBM), Berita Harian dan Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC).



Anugerah itu bertujuan mengiktiraf guru bahasa Melayu yang cemerlang dalam usaha mereka menggalak dan meningkatkan penggunaan bahasa Melayu melalui pengajaran dan pembelajaran.



Sejak Agab dimulakan pada 2007, anugerah itu telah memberi inspirasi kepada guru-guru bahasa Melayu, kata Dr Maliki.



Terdapat dua kategori anugerah itu - Agab Teladan bagi guru yang berkhidmat lebih 10 tahun, dan Agab Perangsang bagi guru yang berkhidmat kurang 10 tahun.



Pengiktirafan penting bukan sahaja bagi guru lebih mapan, bahkan mereka yang baru berkecimpung dalam bidang pendidikan bahasa Melayu.



"Ini penting kerana ramai antara anak-anak kita hari ini, kita tahu bahawa penggunaan bahasa mereka mungkin tidak di taraf yang kita inginkan.



"Dengan melihat guru-guru muda menggunakan bahasa secara semula jadi, ia dapat memberi motivasi kepada anak-anak kita," ujar Dr Maliki, yang juga Menteri Kedua Ehwal Luar.



Tahun ini, pihak penganjur menerima lebih 200 pencalonan secara keseluruhannya, dengan ada juga guru yang menerima lebih daripada satu pencalonan.



Ini menunjukkan ramai di luar sana yang menghargai sumbangan guru bahasa Melayu, kata Dr Maliki.



Terdapat lapan finalis yang dipilih daripada pencalonan yang diterima itu.



Setiap finalis dan penerima Agab mempunyai kekuatan dan keistimewaan mereka yang tersendiri, ujar Dr Maliki.



Sumbangan mereka juga tidak terbatas kepada pendidikan bahasa Melayu di sekolah sahaja, bahkan di peringkat nasional.



Dr Maliki memberi contoh guru Sekolah Menengah Woodlands Ring, Cikgu Zulhafiz Zainal, yang merupakan finalis dalam kategori Agab Teladan tahun ini.



Cikgu Zulhafiz giat dalam kerja sukarela sebagai anggota jawatankuasa Singapore Youth Khalifah dan juga sebagai penceramah motivasi di Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS).



Guru seperti ini menjadi suri teladan kepada guru lain dan juga pelajar mereka.



Dengan bertambahnya bilangan penerima Agab setiap tahun, bertambahlah suri teladan kepada masyarakat, kata Dr Maliki.



Beliau turut memberi contoh penerima Agab Teladan (2008), Cikgu Sazali Sahri, serta pengaruhnya dalam membentuk guru generasi muda.



Dua anak didik Cikgu Sazali - Cikgu Nabilah Rashid dan Cikgu Herianti Samsudin - telah diundang untuk membaca watikah di acara penganugerahan Agab hari ini.



Oleh itu, Agab masih dan akan terus memainkan peranan penting pada masa depan, kata Dr Maliki.



Beliau juga meluahkan harapan agar guru bahasa Melayu dapat terus bekerjasama dengan masyarakat dan ibu bapa untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu serta meningkatkan kefahaman dan penghargaan budaya Melayu supaya anak-anak ghairah untuk mempelajarinya.




"Ini (pengiktirafan) penting kerana ramai antara anak-anak kita hari ini, kita tahu bahawa penggunaan bahasa mereka mungkin tidak di taraf yang kita inginkan.

Dengan melihat guru-guru muda menggunakan bahasa secara semula jadi, ia dapat memberikan motivasi kepada anak-anak kita."

- Dr Mohamad Maliki Osman, Menteri Kedua Pendidikan.




BERITA APA KATA PENGERUSI BERSAMA AGAB



"Dengan bahasa Inggeris semakin dominan di rumah, dalam masyarakat, di seluruh negara dan global, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Ibunda di Singapura menjadi semakin mencabar. Ia satu arus yang sukar dielak. Dapatan Banci Penduduk 2020 mengesahkan trend ini. Antara lain, trend ini menunjukkan kemerosotan dalam penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama di rumah, dalam kalangan masyarakat Melayu.

Seperti yang dilakukan negara bagi menyemarakkan ekonomi dalam dunia yang terus mencabar, kita perlu secara berterusan meninjau dan membaharui cara dan pendekatan bagi menyegarkan semangat dan minat dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Guru perlu terus memikirkan kaedah dan pendekatan kreatif dan inovatif ke arah ini.

Inilah antara daya usaha yang mahu dicetuskan menerusi Anugerah Guru Arif Budiman (AGAB) dengan mengiktiraf guru Bahasa Melayu yang prihatin, bersemangat dan cekap dalam memupuk pengetahuan, kemahiran dan minat dalam pembelajaran bahasa, kesusasteraan dan budaya Melayu di dalam dan luar bilik darjah.

Sejak diperkenal pada 2007, AGAB telah mengiktiraf 64 guru daripada sekolah rendah, sekolah menengah dan prauniversiti, yang boleh menjadi contoh atau suri teladan kepada rakan guru, para pelajar dan masyarakat.

Sempena ulang tahun ke-15 AGAB, kami beriltizam melestarikan dan memajukan bahasa, sastera dan budaya Melayu dalam pendidikan, menerusi AGAB dan beberapa inisiatif lain."

- Encik Saat A. Rahman, Pengerusi Bersama, Agab.



"Saya banyak menimba ilmu dan pengalaman daripada Pengerusi Bersama yang lain serta pegawai-pegawai Sekretariat. Saya kagum dengan semangat dan kesungguhan setiap anggota jawatankuasa AGAB dalam mengendalikan dan menjayakan anugerah yang berprestij ini. Di sebalik kelancaran dan kemeriahan majlis penyampaian AGAB adalah kerja keras pelbagai pihak yang terlibat di pelbagai peringkat - penyaringan oleh kumpulan pakar MTLB, penilaian pencalonan oleh ahli-ahli panel, kerja-kerja administrasi dan pengurusan majlis oleh Sekretariat serta bimbingan dan nasihat oleh Pengerusi Bersama. Kerja-kerja ini dilakukan dengan penuh dedikasi dan komitmen, lebih-lebih lagi dalam situasi pandemic Covid-19.

Sebagai Pengerusi Bersama yang baharu, saya ingin meneruskan kerjasama yang baik dengan pelbagai pihak yang terlibat dan memberikan sokongan padu kepada Sekretariat bagi menjayakan AGAB pada tahun-tahun akan datang. Saya harap pelantikan saya ini akan dapat menyumbang dan memberi nilai tambah untuk meningkatkan lagi AGAB sebagai anugerah yang dihargai dan disanjungi oleh para pendidik, pelajar, ibu bapa dan masyarakat."

- Cik Salbiah Abas, Pengerusi Bersama, Agab.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >