Beri senyuman pada kanak-kanak berpenyakit kronik
Dec 18, 2018 | 05:30 AM
MENGGEMBIRAKAN golongan cilik di Pusat Kanak-kanak Arc dengan pelbagai permainan, beg cenderahati, pertunjukan silap mata dan baucar.
Inilah yang dilakukan oleh sekumpulan sukarelawan yang diketuai oleh ahli perbankan, Cik Sharon Yee, dan relawan Anthony Cheng, bersama-sama relawan lain seperti pakar doktor mata dari Hospital Mount Elizabeth, Dr Leo Seo Wei; dan pakar jantung, Dr Eric Hong; sempena pesta Krismas pada Jumaat lalu.