Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Beriani 'daging korban' diagih kepada keluarga kurang bernasib baik

Aug 11, 2021 | 05:30 AM



SEBANYAK 5,000 bungkus nasi beriani kambing yang menggunakan daging korban telah diagihkan kepada keluarga kurang bernasib baik sekitar Singapura sepanjang hujung minggu lalu.



Usaha tersebut merupakan hasil kerjasama tiga syarikat Melayu setempat - ejen pelancongan TravelConnect.sg, pasar raya maya MarketPlaces.sg dan penyedia khidmat pembersihan kubur, Pusara Care.sg.



Turut menyokong adalah kumpulan sukarelawan dari Kampong Boyz yang kebanyakannya terdiri daripada pesara yang giat menjalankan kegiatan kemasyarakatan.



Selain golongan kurang bernasib baik, sebahagian daripada nasi beriani itu juga dihantar kepada beberapa masjid, pekerja migran di dormitori dan warga Malaysia yang terkandas di Singapura.



Setelah menerima jumlah tempahan korban yang menjangkaui jangkaan sempena Aidiladha lalu, tiga pihak itu terdorong menggunakan sebahagian pendapatan yang diraih bagi menyiapkan hidangan tersebut bagi golongan memerlukan.



Pengerusi kumpulan tiga pihak itu, Encik Zaini Abdullah, 63 tahun, berkata:



"Tujuan projek amal ini adalah untuk menghidupkan kembali suasana memberi, berkongsi rezeki dan memupuk sikap ihsan.



"Sudah menjadi tradisi masyarakat Islam kita pada setiap Hari Raya Haji untuk berkongsi daging korban dan juga juadah hasil daging korban kepada jiran tetangga, keluarga dan juga khusus mereka yang kurang bernasib baik."



Meskipun pada awalnya tidak dapat memperolehi senarai nama-nama golongan yang memerlukan disebabkan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA), ia dapat diatasi dengan kerjasama sukarelawan yang juga anggota badan atau pertubuhan yang layak memberi bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >