RIBUAN kakitangan awam menerima kenaikan gaji sekitar 5 peratus bulan ini, selepas Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) membuat penyesuaian gaji supaya ia sejajar dengan gaji sektor swasta.
Menurut PSD dalam satu kenyataan kepada Berita Harian semalam, penyesuaian gaji itu bagi kakitangan perkhidmatan awam dalam eksekutif pengurusan, sokongan pengurusan, skim sokongan teknikal dan sokongan perkeranian.