Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

4 dari 10 wanita di SG alami diskriminasi jantina di tempat kerja

Bagi lelaki, hanya satu dalam 10 orang: Tinjauan
Mar 31, 2021 | 05:30 AM



EMPAT daripada 10 orang wanita mengalami diskriminasi jantina di tempat kerja, manakala hanya satu daripada 10 orang lelaki mengalami diskriminasi yang sama, menurut tinjauan hampir 400 orang di sini.



Hanya 12 peratus daripada mereka mengalami diskriminasi jantina telah membuat laporan mengenai kejadian tersebut dan mereka yang telah berbuat demikian semua adalah kaum wanita.



Daripada jumlah itu kurang separuh daripada mereka yang membuat laporan merasakan bahawa terdapat tindakan memuaskan yang diambil oleh tempat kerja mereka setelah laporan dibuat.



Menurut laporan The Straits Times, dapatan itu dikumpul oleh Dewan Perniagaan dan Perusahaan Cina Singapura (SCCCI) dalam satu tinjauan mengenai isu jantina di tempat kerja yang dilakukan dari November hingga Disember 2020.



SCCCI berkongsi hasil tinjauan itu semalam setelah dialog mengenai isu-isu wanita dikemukakan. Ia dihadiri oleh Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling, di Hab Persatuan Perdagangan di Jurong.



Tinjauan tersebut dijalankan setelah pemerintah mengumumkan pada September tahun lalu bahawa ia sedang memulakan satu tinjauan komprehensif terhadap isu-isu yang mempengaruhi golongan wanita, yang akan menjadi asas Kertas Putih yang akan dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini.



Terdapat seramai 385 responden terlibat dalam tinjauan SCCCI itu. Daripada jumlah itu, dua pertiga merupakan golongan wanita.



Sebahagian besar responden berusia antara 41 tahun dan 60 tahun (58.3 peratus), berkahwin (67.7 peratus), lulusan universiti (82.6 peratus) dan mempunyai pekerjaan sepenuh masa (80.2 peratus).



Kebanyakan mereka adalah karyawan atau memegang peranan sebagai pengurus, sementara yang lain adalah pemilik perniagaan, eksekutif atau menjalankan tugas teknikal, selain pekerjaan lain.



Sekitar 40 peratus pula bekerja di syarikat kecil dan sederhana (SME), sementara 35 peratus bekerja di syarikat berbilang negara.



Selebihnya bekerja di tempat seperti sektor pemerintah dan badan tidak mencari untung (NPO).



SCCCI menyatakan bahawa terdapat perbuatan diskriminasi jantina yang terus berlaku dalam masyarakat dan di tempat kerja, dan perlu ada sistem dan proses laporan yang lebih baik untuk mengatasi masalah tersebut.



Ia memberi saranan bahawa lebih banyak langkah diperlukan untuk membantu wanita mencapai aspirasi dan kemajuan kerjaya, termasuk bimbingan dan aturan kerja yang fleksibel.



Presiden SCCCI, Encik Roland Ng, berkata:



"Walaupun Singapura telah maju dengan baik untuk menyamaratakan layanan terhadap kaum wanita, mempromosikan kesamaan jantina masih merupakan tugas yang belum selesai.



"Saya mendorong wanita agar terus mencabar diri mereka sendiri untuk merealisasikan potensi penuh mereka, dan seluruh masyarakat terus memberikan semua dukungan yang diperlukan dalam perjalanan ini."



Cik Sun menyatakan bahawa dapatan tinjauan itu sejajar dengan maklum balas yang dikumpulkan daripada pelbagai perbincangan yang diadakan sebagai sebahagian daripada tinjauan mengenai masalah wanita di sini.



"Saya dengan senang hati menyatakan bahawa SCCCI juga telah mengemukakan cadangan untuk menyokong wanita.



"SCCCI dan organisasi berpandangan ke depan dengan memahami pentingnya memartabatkan wanita," katanya.



"Kami memerlukan sokongan anda untuk memupuk persekitaran tempat kerja yang menyokong wanita dalam perniagaan dan industri masing-masing, dan mempengaruhi secara positif rakan sebaya dan rakan anda agar melakukannya juga," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >