Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Acara TWM usaha satukan pelbagai masyarakat SG

May 28, 2022 | 05:30 AM



TRADISI tahunan Taman Warisan Melayu (TWM) menganjurkan Rumah Terbuka Hari Raya membolehkan ramai pengunjung daripada pelbagai etnik dan bangsa menyertai perayaan dan mengetahui lebih baik tentang Hari Raya, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Meskipun pandemik Covid-19 telah menjejaskan orang ramai, Encik Masagos melahirkan perasaan gembira melihat TWM terus mendekati masyarakat serta membawa keceriaan kepada masyarakat semasa musim perayaan ini.



"Seperti di mana-mana dalam masyarakat kami, ia sangat mengharukan untuk melihat semangat gotong-royong di TWM.



"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada TWM atas usaha anda dalam melibatkan masyarakat secara aktif, dan mengekalkan semangat masyarakat melalui program dan inisiatif pendekatan walaupun semasa tempoh Covid-19 yang mencabar," katanya.



Beliau menyatakan demikian semalam semasa pelancaran Rumah Terbuka Hari Raya, #LastKopekRayaFest, yang akan menjadi rumah terbuka terakhir TWM sebelum ia ditutup hujung tahun ini untuk kerja ubah suai.



Antara program yang dijalankan oleh TWM semasa tempoh ini termasuk menghasilkan pelbagai aktiviti dalam talian yang mempamerkan makanan, fesyen, budaya, dan seni persembahan masyarakat Melayu/Islam, yang meriahkan suasana perayaan dan membawa rakyat Singapura bersama-sama meneroka alam digital.



Selain itu, TWM turut menyumbang kepada masyarakat dan berkolaborasi bersama butik Ratianah di Kampong Glam untuk mengedarkan pelitup muka batik kepada kanak-kanak.



Tambah Encik Masagos yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, TWM turut bekerjasama dengan badan-badan lain untuk menyediakan habuan Hari Raya dan diagihkan kepada mereka yang memerlukan.



TWM katanya lagi, memainkan peranan penting dalam menyatukan pelbagai masyarakat sejak ia dibuka semula pada 2012.



"TWM sentiasa bekerjasama dengan ahli masyarakat, badan-badan berlainan, artis, dan pihak berkepentingan untuk membentangkan pameran dan programnya.



"Dalam proses itu, ia telah mencungkil banyak kisah berharga, mencetuskan topik perbincangan, dan membolehkan pameran kepelbagaian ekspresi seni dan budaya Melayu," kata Encik Masagos.



Menyentuh tentang kerja ubah suai yang akan dijalankan, beliau berkata:



"Kerja ubah suai bagi kemudahan dan galeri TWM adalah tepat pada masanya, dan akan membolehkannya melaksanakan misinya dengan lebih baik untuk mempromosi dan memelihara seni, sejarah dan warisan masyarakat Melayu."



Mengikuti jadual, TWM seharusnya ditutup pada hujung Julai untuk kerja ubah suai dijalankan tahun ini.



Namun, ia difahamkan kerja ubah suai akan ditangguhkan sehingga Oktober ini.



Kerja ubah suai TWM ini dijangkakan dijalankan selama sekitar dua tahun sebelum selesai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >