Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cef lulusan diploma ITE ingin terus dalami ilmu kulinari

Kursus Diploma Teknikal ITE dalam Seni Kulinari yang meraikan ulang tahunnya yang ke-10, telah menghasilkan lebih 200 lulusan sejauh ini. Program yang dimulakan pada April 2011 itu dijalankan dengan kerjasama Institut Paul Bocuse, Perancis, yang berprestij. BERITA HARIAN mewawancara dua lulusan daripada kumpulan perintis program itu, yang kini berjaya cemerlang dalam industri kulinari.
Dec 07, 2020 | 05:30 AM



SEBAGAI anak kecil, Cik Nor Shahidah Sarifi sering ke dapur menjelang Hari Raya untuk membantu ibunya menyediakan kuih-muih lazat untuk tetamunya.



Melihat ibunya membakar kuih-muih itu, ia juga membakar semangat Cik Shahidah untuk menjadi seorang cef pastri ketika beliau sedang membesar.



Ingin mengasah kemahirannya secara profesional, beliau mengambil kursus Diploma Teknikal Seni Kulinari di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) pada 2011 untuk terus mengembangkan kemahirannya dengan pensijilan Nitec dalam bidang Pastri dan Membakar Kuih serta Kemahiran Perkhidmatan (Pelancongan) yang sudah beliau miliki.



Kini, Cik Shahidah 29 tahun, merupakan seorang sous cef pastri junior di Pan Pacific Singapura.



"Dari kecil saya memang tahu saya ingin menjadi seorang cef pastri.



"Saya ingat lagi semasa saya berusia 12 tahun, saya sering membantu ibu saya membakar kuih khas untuk Hari Raya. Boleh dikatakan itu adalah antara memori pertama dan indah yang telah menjadikan siapa saya pada hari ini," katanya.



Cik Shahidah adalah antara pelajar perintis yang telah mendaftar dalam program diploma teknikal itu yang dimulakan pada 2011.



Sejak itu program tersebut telah menghasilkan ramai cef dan pemilik perniagaan.



Walaupun beliau masih muda, beliau sudah bekerja dalam industri ini selama tujuh tahun.



Program diploma teknikal itu, kata Cik Shahidah, telah banyak membantunya dalam industri yang agak mencabar.



"Saya rasa agak bernasib baik mendapat peluang dibimbing oleh guru-guru yang terbaik yang memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar lain seperti saya, tidak kira dalam bidang pastri atau masakan barat.



"Mereka sentiasa memerhatikan keperluan kami dan selalu bersabar, terutama terhadap pelajar yang kurang pantas," kata beliau, yang sebelum ini pernah bekerja di Sofitel Sentosa selama empat tahun.



Mengongsi lebih lanjut, sebagai sous cef pastri junior di Pan Pacific Singapura sekarang, beliau kini memikul tanggungjawab menguruskan pengeluaran kek, majlis jamuan dan perancangan menu pastri, dan beliau sentiasa perlu mengetahui trend membakar kuih yang terkini.



Oleh itu, sebagai seorang yang yakin dengan pembelajaran sepanjang hayat, jelasnya, penting baginya untuk terus mencari ilmu yang baru untuk meningkatkan kemahiran profesionalnya.



"Sentiasa jadi seperti span dan jangan berhenti belajar - itulah satu nasihat yang saya dapati daripada Cef Rosli, penasihat kelas pertama di Nitec.



"Dalam industri ini, saya perlu sentiasa meningkatkan kemahiran serta mengikut trend membakar yang utama, jadi saya banyak menyertai kelas-kelas yang diadakan oleh Cef Perancis Meilleurs Ouvriers de France (MOF).



"Saya merasakan bahawa pastri ini sama dengan fesyen mewah, pada satu hari juga kek keju Basque mungkin mendapat permintaan tinggi, tetapi keesokan hari mungkin terdapat pencuci mulut yang baru yang menarik perhatian ramai," ujar beliau, yang merancang mengikuti beberapa kelas pastri pada masa akan datang.




Dari kecil saya memang tahu saya ingin menjadi seorang cef pastri.

Saya ingat lagi semasa saya berusia 12 tahun, saya sering membantu ibu saya membakar kuih khas untuk Hari Raya. Boleh dikatakan itu adalah antara memori pertama dan indah yang telah menjadikan siapa saya pada hari ini...

Saya rasa agak bernasib baik mendapat peluang dibimbing oleh guru-guru yang terbaik yang memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar lain seperti saya, tidak kira dalam bidang pastri atau masakan barat...

Sentiasa jadi seperti span dan jangan berhenti belajar.

- Cik Nor Shahidah Sarifi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >