Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Covid-19 memburuk: Rumah Terbuka Istana dibatal

May 05, 2021 | 05:30 AM



RUMAH Terbuka Istana pada 13 Mei akan dibatalkan disebabkan keadaan Covid-19 yang semakin teruk.



Acara itu dibatalkan ekoran seruan terbaru oleh Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19 agar dikurangkan interaksi sosial, menurut satu kenyataan Istana yang dikeluarkan oleh Pejabat Presiden semalam.



Bagaimanapun, pemegang tiket akan dapat pergi ke acara Rumah Terbuka Istana seterusnya dengan tiket yang mereka miliki itu.



Rancangan awal adalah membuka semula Istana kepada orang ramai secara bertahap memandangkan keadaan Covid-19 di Singapura stabil dalam beberapa bulan kebelakangan ini.



"Namun, sejak kami mengumumkan pembukaan semula rumah terbuka ini, malangnya terdapat peningkatan dalam bilangan kes Covid-19 setempat. Oleh itu, kami memutuskan untuk berhati-hati dan membatalkan Rumah Terbuka Istana," menurut kenyataan itu.



Pada 28 April, Istana mengumumkan bahawa ia akan membuka perkarangannya kepada orang ramai buat pertama kali sejak permulaan pandemik Covid-19.



Acara itu adalah untuk menyambut Hari Pekerja dan Hari Raya Aidilfitri, yang masing-masing jatuh pada 1 Mei dan 13 Mei tahun ini.



Sebelum wabak itu, Istana menyambut pengunjung pada cuti umum Hari Raya Aidilfitri dan Hari Pekerja setiap tahun.



Selepas pandemik Covid-19 bermula pada tahun lalu, kedua-dua acara tersebut dibatalkan dan digantikan dengan lawatan maya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >