Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dituduh bunuh: Kes lelaki ditangguh

Jan 01, 2021 | 05:30 AM



SEORANG lelaki yang dituduh membunuh Cik Felicia Teo Wei Ling pada 2007 akan direman lebih lanjut dengan kesnya ditangguhkan ke 7 Januari.



Mahkamah daerah mendengar semalam bahawa Ahmad Danial Mohamed Rafa'ee, kini 35 tahun, berada di Pusat Perubatan Kompleks Penjara Changi, tetapi perincian keadaan kesihatannya tidak disebutkan di mahkamah.



Dia diwakili oleh Encik Shashi Nathan, Cik Tania Chin dan Cik Laura Yeo dari firma guaman Withers KhattarWong.



Encik Nathan memberitahu mahkamah bahawa beliau sedang mengatur perjumpaannya bersama kliennya di Jabatan Siasatan Jenayah (CID), lapor The Straits Times.



Ahmad dituduh membunuh Cik Teo, 19 tahun, di sebuah flat di Marine Terrace pada 30 Jun 2007.



Warga Singapura itu dikatakan melakukan kesalahan itu dengan seorang lelaki lain, Ragil Putra Setia Sukmarahjana, kini berusia 32 tahun.



Kedua-dua lelaki tersebut dipercayai berkawan dengan Cik Teo.



Setakat ini, belum lagi ada maklumat lebih lanjut mengenai mayat Cik Teo serta siasatan mengenai Ragil, yang dikatakan berada di luar negara.



Kehilangan Cik Teo pada 2007 menarik perhatian ramai apabila keluarga dan rakannya enggan percaya remaja itu melarikan diri.



Kali terakhir mereka melihatnya adalah pada 29 Jun 2007 ketika beliau meninggalkan rumahnya di Bras Basah.



Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kemudian menunjukkan beliau memasuki lif di blok perumahan Marine Terrace dengan dua lelaki dan kemudian tidak dilihat atau didengar lagi.



Apabila Cik Teo tidak pulang, ibunya kemudian membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya pada 3 Julai 2007.



Pegawai polis mula menyiasat dan pada awalnya mereka menggolongkan kehilangan Cik Teo sebagai kes orang hilang.



Ini kerana mereka tidak menemui fakta yang mengaitkan kedua-dua lelaki itu dengan kehilangannya. Dua lelaki itu sebelum ini memberitahu polis bahawa Cik Teo meninggalkan flat itu sendiri.



Rakan-rakan dan keluarganya kemudian berusaha mencari Cik Teo sendiri, dan lebih 200 orang terlibat dalam pencariannya pada 2007 itu.



Sementara itu, polis terus menyemak kes tersebut sehingga tahun ini.



Kes tersebut dirujuk kepada Jabatan CID pada Julai lalu dan pegawai kemudian berjaya menemui dapatan baru.



Mereka memberkas Ahmad pada 15 Disember lalu dan dia didakwa di mahkamah daerah dengan kesalahan membunuh dua hari kemudian.



Pelaku yang didapati bersalah melakukan pembunuhan menghadapi hukuman mati.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >