Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LANGKAH SOKONGAN BAGI FASA DUA (KEWASPADAAN DIPERTINGKAT)

Geran pemulihan sekali untuk pekerja bergaji rendah hingga sederhana

Pekerja yang bekerja sendiri juga layak terima bantuan hingga $700
May 29, 2021 | 05:30 AM



GERAN Pemulihan Covid-19 (Sementara) (CRG-T) akan diperkenal bagi menyediakan sokongan sekali bagi pekerja bergaji rendah hingga sederhana yang terjejas oleh langkah-langkah Sokongan Bagi Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat) dan belum menerima sokongan CRG.



Ini termasuk bagi pekerja yang bekerja sendiri.



Pekerja-pekerja yang terjejas ini boleh menerima sehingga $700 di bawah geran sementara baru itu, kata Kementerian Kewangan (MOF).



Pekerja yang layak yang telah mendapat cuti tanpa gaji selama sekurang-kurangnya sebulan dari 16 Mei hingga 30 Jun, atau yang mengalami kerugian pendapatan sekurang-kurangnya 50 peratus selama sekurang-kurangnya sebulan dalam tempoh yang sama boleh memohon bagi geran ini.



Geran tersebut merupakan sebahagian daripada pakej sokongan bernilai $800 juta yang disediakan untuk membantu individu dan perniagaan di tengah-tengah langkah diperketat ini.



MOF berkata, geran tersebut diperkenal kerana kehidupan beberapa pekerja dalam industri makanan dan minuman (F&B), runcit dan sukan telah terjejas.



Di bawah geran tersebut individu yang layak yang diberi cuti tanpa gaji boleh menerima pembayaran sekali sehingga $700, sementara mereka yang mengalami kerugian pendapatan yang signifikan boleh menerima pembayaran sekali sehingga $500.



Permohonan dibuka dari 3 Jun hingga 2 Julai ini.



Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) akan mengeluarkan lebih banyak butiran, menurut The Straits Times.



CRG-T adalah tambahan kepada CRG sedia ada yang dilancarkan pada 18 Januari untuk menyokong pekerja berpendapatan rendah hingga sederhana dan pekerja sendiri yang terjejas oleh wabak koronavirus itu, kata Menteri Kewangan Lawrence Wong dalam sidang media yang diadakan.



CRG yang diperpanjang selama tiga bulan pada Mac menyediakan sehingga $700 sebulan selama tiga bulan bagi pekerja yang kehilangan pekerjaan atau telah diberi cuti tanpa gaji kerana Covid-19.



Bagi pekerja bergaji rendah hingga sederhana serta pekerja sendiri yang berdepan dengan kehilangan pendapatan sekurang-kurangnya 50 peratus sepanjang tiga bulan berturut-turut, CRG menyediakan sehingga $500 sebulan selama tiga bulan.



MSF berkata pada Mac bahawa CRG telah menyokong lebih 10,000 individu dan mengagihkan sekitar $10 juta sehingga 22 Mac lalu.



MOF berkata lebih banyak sokongan tambahan juga akan disediakan bagi graduan universiti berautonomi dan politeknik.



Untuk mengurangkan kesan wabak tersebut kepada graduan, Kementerian Pendidikan (MOE) akan mem perpan jang penangguhan pembayaran pinjaman dan caj faedah selama empat bulan lagi hingga akhir September ini.



Ini termasuk pembayaran balik dan faedah untuk pinjaman yuran pengajian, pinjaman belajar dan pinjaman Program Pelajar Luar Negara.




SOKONGAN BUAT INDIVIDU



GERAN PEMULIHAN COVID-19 (SEMENTARA) (CRG-T)



- Sokongan sekali bagi pekerja bergaji rendah hingga sederhana yang terjejas oleh langkah Sokongan Bagi Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat)



- Tidak menerima CRG kini



- Sehingga $700 bagi pekerja yang diberi cuti tanpa gaji sekurang-kurangnya sebulan



- Sehingga $500 bagi pekerja atau pekerja sendiri yang kehilangan sekurang-kurangnya 50% pendapatan selama sekurang-kurangnya sebulan



DANA SOKONGAN PEMANDU COVID-19



- Pemandu teksi atau kereta sewa privet boleh terima $750/kenderan/bulan dari 16 Mei hingga 30 Jun 2021



PENANGGUHAN BAYARAN SEMULA PINJAMAN MOE DAN CAJ FAEDAH



- Penangguhan pembayaran balik pinjaman dan caj faedah untuk Pinjaman Yuran Pengajian, Pinjaman Pengajian dan Program Pelajar Luar Negara untuk semua lulusan universiti berautonomi dan politeknik selama empat bulan dari 31 Mei hingga 30 September 2021




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >