Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

HARI PEKERJA

143 pemimpin kesatuan, rakan tiga pihak terima anugerah

Semua penerima diiktiraf atas sumbangan memperjuang kepentingan pekerja, selain mereka yang tunjuk contoh baik di tempat kerja
Apr 29, 2021 | 05:30 AM



SUMBANGAN 143 pemimpin kesatuan dan rakan tiga pihak dalam memperjuangkan kepentingan pekerja, dan juga pekerja yang merupakan contoh baik di tempat kerja mereka telah diiktiraf di majlis Anugerah Hari Pekerja Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) tahun ini.



Antara penerima anugerah ialah Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, yang menerima Pingat Kehormatan, iaitu penghargaan Hari Pekerja tertinggi tahun ini.



Beliau telah memainkan peranan penting dalam memastikan ekonomi Singapura terus menyediakan sekitaran yang berkembang maju bagi perniagaan dan menjana pekerjaan baik bagi pekerja.



Encik Heng juga amat mempercayai dalam usaha tiga pihak dan peranan penting kesatuan dalam transformasi tenaga kerja, perniagaan dan ekonomi.



Lebih 200 hadirin, termasuk pemimpin kesatuan dan rakan tiga pihak, menghadiri acara yang diadakan dalam dua sesi itu dan dihoskan Presiden NTUC, Cik Mary Liew; dan Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng, di Downtown East semalam.



Majlis itu juga disiarkan dalam talian melalui Zoom bagi tetamu penerima anugerah.



Sebanyak 24 anugerah peringkat tinggi telah disampaikan tahun ini, antaranya kepada Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pengangkutan), Encik Chee Hong Tat, yang menerima Anugerah Khidmat Cemerlang.



Encik Chee telah memainkan peranan aktif sebagai penasihat kepada kedua-dua Kesatuan Pekerja Khidmat Penjagaan Kesihatan (HSEU) dan penasihat kepada Kesatuan Pekerja Gas dan Kuasa (Upage). Beliau juga penggiat kuat dalam hal memberi perlindungan kepada pekerja jagaan kesihatan dan pekerja pengangkutan awam daripada penganiayaan.



Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja Pengangkutan Kebangsaan (NTWU), Encik Fang Chin Poh, yang terlibat dalam kerja kesatuan selama 35 tahun, pula menerima Anugerah Rakan Buruh (Bintang) (Lintang).



Beliau penyokong kuat dalam hal kebajikan pekerja dan berusaha gigih semasa pandemik Covid-19 ini untuk memastikan tiada pekerja pengangkutan awam diberhentikan kerja, dan semua pekerja berpangkat rendah tidak dipotong gaji.



Mantan Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Kesatuan Pekerja Awam (AUPE), Encik Murigasin Rajendran, pula merupakan satu-satunya penerima anugerah Veteran Buruh.



Beliau memulakan perjalanannya bersama AUPE pada 1982 dan terus kekal aktif dalam kerja kesatuan sehingga persaraannya baru-baru ini.



Antara mereka yang menerima Anugerah Rakan Buruh (Bintang) tahun ini ialah Setiausaha Agung Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura (KGMS), Cikgu Abdul Malek Ahmad.



Majlis itu turut menyampaikan anumerta kepada tiga individu yang telah menunjukkan kepimpinan dan dedikasi sejati terhadap perjuangan pekerja dan memberi sumbangan kepada gerakan buruh.



Mereka ialah mantan Setiausaha Agung Emeritus Upage, mendiang Nachiappan Rangasamy Krishnasamy Sinniah; mantan Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja Khidmat Terminal Lapangan Terbang Singapura, mendiang Gunasekaran Sivaganam; dan mantan Ketua Pegawai Eksekutif NTUC LearningHub, mendiang Kwek Kok Kwong.



Sebanyak 44 pertubuhan juga diiktiraf atas usaha masing-masing memperkukuh hubungan buruh-pengurusan dan menyokong inisiatif Gerakan Buruh dalam mempertingkat gaji, kebajikan dan prospek pekerjaan pekerja.



Sementara itu, 20 pekerja dipuji kerana menjadi contoh baik dalam mempertingkat daya kerja mereka menerusi peningkatan kemahiran, dan juga menyesuaikan diri kepada persekitaran pekerjaan yang berubah.



Cik Liew dalam ucapannya di majlis itu berkata meskipun tahun 2020 dipenuhi ketidakpastian dan kebimbangan, ia juga tahun di mana semangat tiga pihak lebih menonjol.



"Sememangnya, 2020 merupakan tahun yang banyak pasang surut, dipenuhi banyak ketidakpastian dan kebimbangan.



"Namun, 2020 juga tahun di mana kita melihat banyak contoh pemimpin pemerintah dan penjawat awam, pemimpin kesatuan dan majikan kita berkumpul dan bersatu padu untuk membantu mengurangkan kesan pandemik Covid-19 terhadap pekerja dan syarikat kita.



"Inilah semangat tiga pihak yang sebenarnya!" kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >