LAPORAN Berita Harian mengenai anak Melayu yang berjaya menjadi kadet juruterbang menarik perhatian pengguna Facebook dan mengundang ucapan tahniah serta reaksi positif daripada mereka.
Cik Amira Mohamed Tamiri pernah mengetepikan cita-cita menjadi juruterbang pada usia remaja kerana tidak mampu membiayai kos kursus penerbangan swasta. Namun, kini beliau sudah lapan bulan menjalani latihan sebagai kadet juruterbang SilkAir. Beliau yakin wanita juga mampu menggalas amanah besar membawa penumpang pesawat dengan selamat.