Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 2,900 sertai Bulan Raikan Ilmu Mendaki

Oct 28, 2021 | 05:30 AM



LEBIH 2,900 orang telah mengambil bahagian dalam siri kegiatan Pesta Pembelajaran Mendaki yang diadakan sepanjang satu bulan untuk pelbagai lapisan usia dari anak muda hingga pelajar dewasa.



Sebagai sebahagian daripada Bulan Raikan Ilmu, lebih 10 aktiviti telah dijalankan dari 2 hingga 27 Oktober 2021.



Aktiviti-aktiviti yang ditawarkan untuk tahun ini telah memberi peluang kepada para peserta untuk meneroka bidang baru, meraih kemahiran yang relevan, serta memperoleh pengalaman yang baru, kata Mendaki.



Dalam salah satu kegiatan itu, seramai 25 belia telah menyertai 'kegiatan panjat batu' secara maya dari keselesaan rumah mereka sendiri.



Pesta tersebut turut menawarkan aktiviti 'upcraft', melibatkan peserta yang menggunakan objek atau bahan yang dibuang untuk mencipta produk baru. Kegiatan tersebut melibatkan peserta kanak-kanak bersama ibu bapa mereka.



Pada masa sama, pelbagai seminar juga diadakan bagi menyediakan peluang bagi peserta untuk meraih kemahiran baru.



Sebagai contoh, seramai 29 pendidik telah menghadiri sesi perbincangan dalam talian Perikatan Karyawan Prasekolah Mendaki (MAPP).



Melalui program ini, mereka telah mempelajari tip dan kemahiran relevan daripada penceramah yang diundang mengenai cara merebut peluang dalam kehidupan mereka.



Dalam Seminar Triple P (Program Keibubapaan Positif) pula, golongan ibu bapa diperkasakan dengan kemahiran untuk mewujudkan hubungan yang rapat dan positif bersama anak-anak mereka serta bagaimana untuk menangani tingkah laku mereka dengan lebih berkesan.



Di samping itu, peserta, terutamanya keluarga dengan anak-anak kecil, pula diberi peluang mencuba pelbagai aktiviti baru dan memperolehi pengalaman baru menggunakan barangan yang terdapat di rumah.



Contohnya, aktiviti 'Yummy Cheesecake' yang berlangsung pada 24 Oktober, menyaksikan hampir 280 kanak-kanak yang menyertainya bersama ibu bapa mereka untuk mengetahui lebih lanjut tentang pemakanan, kemahiran motor dan kemahiran mengira seperti pengukuran.



Seramai 2,170 kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah turut mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan pada hujung minggu atau semasa waktu sekolah.



Mengulas mengenai pesta itu, Ketua Pegawai Eksekutif Mendaki, Cik Zuraidah Abdullah, berkata aktiviti-aktiviti yang ditawarkan telah memberikan pengalaman baru dan menarik untuk peserta dari semua peringkat usia termasuk ibu bapa.



"Rakan kongsi sekolah kami telah banyak menyokong usaha kami untuk membawa pembelajaran baru kepada lebih ramai pelajar.



"Melalui peluang pembelajaran yang menyeronokkan, kami dapat meningkatkan pemikiran untuk menghayati pembelajaran sepanjang hayat bersama sebagai masyarakat," kata Cik Zuraidah.



Selain aktiviti yang dianjurkan oleh Mendaki, terdapat juga pelbagai aktiviti yang dikendalikan oleh rakan kerja Mendaki dalam beberapa minggu lalu.



Antaranya termasuk acara 'Memahami Dikir Barat' dan juga tarian tradisional Melayu dengan lebih mendalam oleh kumpulan Sri Warisan.



Mengakhiri kempen Raikan Ilmu menjelang Sabtu ini, Mendaki akan meneruskan Pesta Pembelajaran dalam talian yang akan disiarkan secara langsung di wadah media sosialnya.



Antara aktiviti yang ditawarkan bulan ini dan bulan depan termasuk program kecergasan, FIGHT-DO, memancing di longkang untuk kanak-kanak kecil dan Program Kepimpinan bagi golongan belia.




HAYATI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT BERSAMA SEBAGAI MASYARAKAT



“Rakan kongsi sekolah kami telah banyak menyokong usaha kami untuk membawa pembelajaran baru kepada lebih ramai pelajar. “Melalui peluang pembelajaran yang menyeronokkan, kami dapat meningkatkan pemikiran untuk menghayati pembelajaran sepanjang hayat bersama sebagai masyarakat.’’
- Cik Zuraidah Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Mendaki




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >