Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kereta api dua gerabak diperkenal di LRT Sengkang-Punggol dari 2024

Feb 16, 2022 | 05:30 AM



KERETA api dua gerabak akan menggantikan kereta api satu gerabak dalam sistem LRT Sengkang-Punggol (SPLRT) dari 2024 bagi menyediakan khidmat baik kepada penduduk dua estet perumahan itu.



Dalam kenyataan Penguasa Pengangkutan Awam (LTA) semalam, ia telah menganugerahkan dua kontrak berasingan untuk perolehan kereta api baru itu dan pengembangan kemudahan depohnya.



Kontrak pertama, yang bernilai kira-kira $439 juta, diberikan kepada konsortium Mitsubishi Corporation, Mitsubishi Heavy Industries Engineering Ltd dan Mitsubishi Heavy Industries Asia Pacific Pte Ltd.



Jumlah itu merangkumi perolehan 17 kereta api dua gerabak baru berserta penyediaan sistem isyarat, sistem laluan pandu dan peralatan bagi depoh yang diperluas.



Kumpulan kereta api SPLRT buat masa ini terdiri daripada 16 kereta api dua gerabak dan 25 kereta api satu gerabak.



"Kereta api baru ini akan secara progresif menggantikan kereta api satu gerabak yang sedia ada, meningkatkan kapasiti penumpang pada rangkaian SPLRT untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada penduduk dan memenuhi permintaan jangka panjang pengangkutan awam di bandar Sengkang dan Punggol," kata kenyataan LTA.



Kereta api baru itu dijangka dilancarkan secara berperingkat selama tempoh tiga tahun mulai 2024, tambahnya.



Depoh SPLRT, yang terletak di atas depoh laluan North East (NEL) di Sengkang, juga akan diperluas sebanyak sekitar tiga kali ganda.



Pengembangan depoh seluas 3.5 hektar ini adalah bagi meningkatkan kapasiti penumpukan kereta api dan ruang untuk kemudahan penyelenggaraan.



"Bagi meningkatkan kapasiti penumpukan dan membentuk lebih banyak ruang bagi kemudahan penyelenggaraan, depoh SPLRT seluas 3.5 hektar akan diperluas kepada 11.1 hektar," kata LTA.



Kontrak sivil untuk reka bentuk dan pembinaan bagi pengembangan depoh SPLRT pula dianugerahkan kepada Sato Kogyo (S) Pte Ltd pada nilai kontrak sekitar $157 juta.



Kerja pengembangan depoh bagi SPLRT akan bermula pada suku pertama tahun ini dan dijangka selesai pada 2027, tambah LTA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >