Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KERTAS PUTIH GALAK WARGA LEBIH PROAKTIF JAGA KESIHATAN

Harga ubat tidak terjejas bila berdaftar dengan SG Lebih Sihat

Sep 22, 2022 | 05:30 AM



PENDUDUK yang biasa ke poliklinik tetapi ingin mendaftar dengan klinik doktor keluarga swasta di bawah strategi SG Lebih Sihat tidak perlu risau akan harga ubat-ubatan yang lebih tinggi.



Ini kerana harga ubat-ubatan di klinik sedemikian akan dijadikan lebih setanding dengan harga ubat-ubatan di poliklinik menerusi gabungan had harga ubat dan subsidi ubat yang dipertingkat.



Demikian dinyatakan Kementerian Kesihatan (MOH) dalam Kertas Putih mengenai SG Lebih Sihat atau Healthier SG.



Kertas Putih itu menerangkan bahawa individu yang menemui doktor keluarga yang tetap rata-rata lebih sihat dan mempunyai kurang lawatan ke hospital dan jabatan kecemasan.



Bagaimanapun kebanyakan hubungan doktor-pesakit hari ini adalah sekali-sekala dan untuk tujuan jual beli, dengan penduduk menemui doktor untuk mendapatkan ubat bagi simptom akut atau sijil perubatan (MC).



Di bawah strategi SG Lebih Sihat, penduduk akan digalak untuk memilih dan mendaftar dengan satu doktor keluarga.



Doktor keluarga itu akan menjadi tempat pertama yang dituju untuk menguruskan kesihatan penduduk secara menyeluruh.



Apabila SG Lebih Sihat dilancarkan dalam separuh kedua tahun depan, penduduk berusia 60 tahun dan ke atas akan dijemput untuk mendaftar dahulu, diikuti mereka yang berusia 40 hingga 59 tahun.



Penduduk perlu menggunakan aplikasi HealthHub untuk memilih klinik pilihan mereka dan mendaftar dalam SG Lebih Sihat.



Penduduk yang telah pun mengunjungi klinik tetap digalak kekal bersama klinik itu.



Mereka diberi kelonggaran untuk menukar doktor keluarga pilihan sebanyak empat kali dalam tempoh dua tahun pertama, dan satu kali dalam setahun selepas itu.



Konsultasi pertama penduduk dengan doktor keluarga pilihan mereka akan diberi subsidi sepenuhnya oleh pemerintah.



Penduduk akan mendapat mata kesihatan di bawah Cabaran Langkah Kebangsaan setelah selesai menjalani konsultasi pertama itu. Mata kesihatan itu boleh ditukar dengan baucar beli-belah dan sebagainya.



Di konsultasi itu, doktor akan membincangkan sasaran kesihatan serta sejarah perubatan penduduk dan akan membangunkan rancangan kesihatan khusus bersama penduduk.



Bagi penduduk yang tidak mempunyai kondisi kronik, doktor akan menasihatkan mereka tentang langkah pencegahan sebagai sebahagian daripada rancangan kesihatan itu, seperti pengurusan berat badan, pemeriksaan kesihatan dan vaksinasi.



Doktor boleh juga merujuk mereka kepada program masyarakat yang boleh membantu mereka kekal sihat dan aktif.



Bagi penduduk dengan keadaan kronik, doktor akan membangunkan pengurusan susulan bersama mereka.



Selepas itu, doktor akan bertanya khabar penduduk secara digital, seperti melalui telefon, atau apabila penduduk itu ke klinik tersebut untuk pemeriksaan lain.



Doktor akan bertanya tentang kemajuan penduduk dalam mengikuti rancangan kesihatannya dan dalam mencapai matlamat kesihatannya, serta memberi peringatan tentang pemeriksaan yang perlu dijalankan atau vaksinasi yang perlu diambil.



Pemeriksaan ringkas yang dijalankan sekali setahun ini akan diberi subsidi pemerintah.



Mereka yang mempunyai keadaan kronik akan memerlukan dua hingga empat konsultasi susulan setiap tahun.



Bagi menggalak penduduk mendapatkan penjagaan daripada doktor keluarga tetap, pemerintah akan memberi subsidi penuh bagi vaksinasi dan pemeriksaan yang disarankan untuk warga Singapura.



Penduduk juga akan mempunyai lebih banyak fleksibiliti dalam menggunakan MediSave mereka apabila mereka mengunjungi doktor keluarga pilihan mereka.



Mereka tidak lagi dikehendaki membuat bayaran bersama 15 peratus secara tunai apabila menggunakan MediSave di bawah Program Pengurusan Penyakit Kronik (CDMP) di doktor keluarga mereka.



Pemegang kad Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (Chas) pula boleh meraih manfaat daripada subsidi yang serupa dengan yang ditawarkan di poliklinik bagi ubat penyakit kronik biasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >