Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lagi tujuh Tadika MOE baru akan dibina jelang 2024, 2025

Semua tadika itu akan terletak di sekolah rendah; jumlahnya kelak capai 57
May 26, 2021 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan menubuhkan tujuh Tadika Kementerian Pendidikan (MOE) atau MK baru di serata Singapura pada 2024 dan 2025.



Ini akan memberi ibu bapa lebih banyak pilihan prasekolah yang bermutu tinggi dan dimampui.



Dengan adanya tujuh MK baru itu ia bermakna Singapura akan mempunyai 57 MK yang menawarkan sekitar 7,900 tempat bagi murid di peringkat tadika satu (K1) menjelang 2025.



Menurut kenyataan MOE semalam, kesemua tujuh MK yang baru itu akan terletak dalam sekolah rendah dan menawarkan khidmat penjagaan di tadika (KCare).



Sebanyak lima MK - di Sekolah Rendah Casuarina, Tanjong Katong, Yangzheng, Punggol dan South View - akan dibuka pada 2024.



Sementara itu, dua lagi MK - di Sekolah Rendah Elias Park dan Hougang - akan dibuka pada 2025.



Setiap MK itu akan menawarkan sekitar 100 hingga 120 tempat bagi murid di peringkat K1.



Pendaftaran bagi kemasukan murid K1 ke MK yang baru itu akan berlangsung pada Februari pada tahun sebelum ia dibuka.



Ini bermakna pendaftaran akan berlangsung pada Februari 2023 bagi MK yang akan dibuka pada 2024, dengan pendaftaran dibuka kepada kanak-kanak warga dan penduduk tetap (PR) Singapura yang dilahirkan antara 2 Januari 2019 dengan 1 Januari 2020.



Bagi MK yang akan dibuka pada 2025 pula pendaftaran akan berlangsung pada Februari 2024 dan dibuka kepada kanak-kanak warga dan penduduk tetap (PR) Singapura yang dilahirkan antara 2 Januari 2020 dengan 1 Januari 2021.



Butiran lanjut tentang pendaftaran itu akan diberi pada awal 2023 dan 2024.



Ibu bapa yang memerlukan khidmat jagaan harian bagi anak mereka boleh memanfaatkan khidmat KCare yang ditawarkan di semua MK yang ditempatkan dalam sekolah rendah dari Isnin hingga Jumaat, 7 pagi hingga 7 malam.



Kurikulum MK direka oleh pakar prasekolah untuk memupuk kanak-kanak secara menyeluruh untuk menjadi individu yang berkeyakinan, dengan kemahiran sosial yang kukuh serta asas yang baik dari segi kecelikan huruf dan nombor.



Kesemua MK menawarkan tiga bahasa ibunda iaitu bahasa Cina, Melayu dan Tamil.



"Ini bertujuan untuk menggalakkan keupayaan dwibahasa awal dan membentuk asas yang kukuh bagi pembelajaran bahasa kemudian.



"MK juga bekerja rapat dengan sekolah rendah di mana mereka ditempatkan, yang dapat terus menyokong peralihan kanak-kanak dari tadika ke darjah satu," kata MOE.



Maklumat tentang Pusat Tahun-Tahun Awal (EYC) bagi tujuh MK itu, jika ada, akan diberikan kemudian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >