Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 900 pengunjung Jerman, Brunei lawat S'pura menerusi VTL

Sep 21, 2021 | 05:30 AM



LEBIH 2,300 pelancong yang telah menerima vaksin Covid-19 mendapat kelulusan memasuki Singapura dalam tempoh 16 hari sejak permohonan peraturan perjalanan baru dibuka.



Ini termasuk lebih 900 pengunjung yang telah memasuki negara ini di bawah Laluan Perjalanan bagi Orang yang Divaksin (VTL).



Sehingga 11.59 malam pada 16 September (Khamis), 2,241 pelancong dari Jerman dan 81 pelancong dari Brunei telah mendapat kebenaran memasuki ke Singapura melalui VTL antara 8 September dengan 22 Oktober.



Di bawah skim ini, pelancong yang telah menerima suntikan vaksin dari kedua-dua negara tersebut boleh memasuki Singapura dan teruskan kegiatan mereka tanpa dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN).



Tetapi, mereka perlu menjalani empat ujian reaksi berantai polimerase (PCR) untuk perjalanan mereka, lapor The Straits Times.



Pelancong yang bukan warga Singapura atau penduduk tetap (PR), perlu membuat permohonan untuk pas Laluan Perjalanan bagi Orang yang Divaksin di bawah VTL untuk memasuki Singapura.



Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) berkata dari keseluruhan pas Laluan Perjalanan yang Divaksin yang dikeluarkan untuk Jerman, 962 adalah untuk pengunjung jangka pendek. Baki 1,279 dikeluarkan kepada pemegang pas jangka panjang.



Bagi Brunei, CAAS mengatakan mereka telah mengeluarkan 74 pas kepada pengunjung jangka pendek dan tujuh kepada pemegang pas jangka panjang.



Pelancong dari kedua-dua negara itu perlu memenuhi beberapa keperluan seperti telah tinggal di Brunei, Jerman dan/atau Singapura selama 21 hari sebelum berangkat.



Untuk layak menerima pas VTL, seorang individu perlu divaksinasi sepenuhnya dari negara yang beliau berangkat atau di Singapura.



Individu itu dianggap divaksinasi sepenuhnya hanya dua minggu setelah dia menerima rejimen penuh vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty atau Moderna, atau vaksin lain dalam Senarai Penggunaan Kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).



Pakar berkata VTL tidak dijangka menghasilkan sejumlah besar lalu lintas masuk. Tetapi ia masih penting dalam memberikan pilihan yang paling sesuai bagi penduduk Singapura melancong ke luar negara sejak Singapura menutup sempadan pada Mac tahun lalu akibat pandemik Covid-19 .



Walaupun Brunei tetap ditutup bagi perjalanan percutian, Jerman telah dibuka untuk pelancong dari Singapura sejak Oktober tahun lalu.



Ini bererti penduduk Singapura dapat menggunakan skim VTL untuk melakukan perjalanan tanpa kuarantin di Jerman atau Singapura.



Encik Steven Ler, presiden Persatuan Ejen-ejen Pelancongan Nasional Singapura (Natas), berkata ejen pelancongan telah menerima sambutan yang menggalakkan bagi pakej pelancongan ke Jerman.



"Ramai masih menanti peluang untuk ke luar negeri dan kami dapat merasakannya berdasarkan pertanyaan bagi melancong akhir tahun.



"Dalam beberapa bulan akan datang, kita akan melihat peningkatan jumlah pertanyaan dan tempahan untuk semua ejen secara bertahap," kata Encik Ler.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >