Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Maliki lawat Timor-Leste untuk upacara pelantikan Presiden Dipilih

May 19, 2022 | 05:30 AM



MENTERI di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, kini berada di Timor-Leste untuk menghadiri upacara pelantikan Presiden Dipilih negara itu, Dr Jose Ramos-Horta.



Beliau juga dijadualkan menghadiri majlis ulang tahun ke-20 pemulihan kemerdekaan Timor-Leste.



Lawatan Dr Maliki ke negara itu bermula kelmarin hingga hari ini. Kunjungan tersebut juga adalah sempena ulang tahun ke-20 hubungan diplomatik antara Singapura dengan Timor-Leste pada 20 Mei.



Menurut satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) semalam, Dr Maliki yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar) antara lain dijadualkan menghadiri acara peringatan termasuk jamuan malam anjuran Presiden yang bakal mengundur diri, Dr Francisco Guterres Lú-Olo.



Beliau juga akan menghadiri upacara pelantikan bagi Dr Ramos-Horta dan upacara rasmi untuk memperingati pemulihan kemerdekaan Timor-Leste.



Dr Maliki juga akan bertemu dengan beberapa pemimpin Timor-Leste semasa lawatannya itu.



Beliau ditemani pegawai MFA.



Sebelum ini, Dr Maliki mengiringi Presiden Halimah Yacob dalam lawatannya ke Amiriah Arab Bersatu (UAE) untuk menyampaikan ucapan takziah Singapura kepada Presiden UAE, Sheikh Mohamed Bin Zayed Al Nahyan, atas pemergian mantan presiden Sheikh Khalifa Bin Zayed Al Nahyan.



Dr Maliki berkata beliau berpeluang bertemu dengan Sheikh Khalifa semasa lawatan negara oleh mantan Presiden Singapura, mendiang S R Nathan, ke UAE pada Mac 2009.



"Sheikh Khalifa mendedikasikan hidupnya untuk berbakti kepada rakyat UAE dan telah meninggalkan kesan yang tidak mungkin dapat dilupakan pada pembangunan negara itu," ujar beliau menerusi laman Facebook beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >