Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masih perlu terus tingkatkan harmoni kaum: Edwin Tong

Feb 05, 2022 | 05:30 AM



MESKI Singapura dilihat sebagai contoh bagi masyarakat dari negara lain, rakyat negara ini tidak boleh berpuas hati dengan apa yang telah dikecapi dari segi keharmonian kaum, kata Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong.



Beliau menambah bahawa masih terdapat keperluan untuk terus meluaskan peluang interaksi di kalangan pelbagai kumpulan masyarakat di sini.



Oleh itu, menurutnya, platform dan program seperti program jejak warisan, Faithful Footprints, telah membolehkan usaha ini dilakukan, di mana rakyat Singapura mampu berkongsi sambil mengenali satu sama lain dengan lebih mendalam.



"Kita perlu meneruskan, dan sememangnya meningkatkan usaha, untuk mewujudkan ruang bersama di mana masyarakat kita yang pelbagai boleh berinteraksi secara harmoni, seperti di sekolah dan tempat kerja kita…kita juga mesti terus bercakap antara satu sama lain, dan berfikiran terbuka.



"Apabila kita mengadakan perbualan antara satu sama lain, kita mampu mengenali satu sama lain pada tahap yang lebih mendalam.



"Kita kemudiannya boleh berkongsi pandangan tanpa berselindung tentang isu-isu, membincangkan bagaimana kita boleh meningkatkan status quo, dan bergerak ke hadapan bersama dalam perjalanan perpaduan sosial yang tidak berkesudahan ini," kata Encik Tong.



Beliau berkata demikian ketika berucap di pelancaran program Faithful Footprints (Seluruh Negara) di auditorium Kementerian Pembangunan Negara (MND), semalam.



Pada masa yang sama, Encik Tong turut menekankan bahawa ini merupakan usaha sama setiap pihak.



Memberi contoh, beliau berkata pihak pemerintah, menerusi institusi utama seperti sekolah kebangsaan dan perkhidmatan negara boleh membantu menggalakkan perpaduan sosial.



Ini dilakukan dengan "menyediakan platform untuk warga negara yang baru, penduduk tetap dan warga Singapura kelahiran tempatan dari semua latar belakang untuk berinteraksi antara satu dengan lain", kata beliau.



Program 'Faithful Footprints' mula dirintis pada 2019 selepas ia diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat.



Program rintis ini disokong Yayasan Temasek, dengan kerjasama pertubuhan bukan pemerintah (NGO), Humanity Matters (HM).



Ia pada asalnya bertujuan untuk membantu lebih mengenali dan mengasimilasikan warga dan penduduk bukan asli, dan pelajar sekolah-sekolah khusus, kepada model kepelbagaian budaya Singapura.



Menerusi program jejak warisan, ia mengongsi pengalaman serta kisah-kisah inspirasi bagaimana pelbagai masyarakat migran daripada pelbagai kaum dan agama di kawasan Bencoolen telah wujud secara harmoni dan menyumbang kepada perkembangan sosio-ekonomi Singapura.



Sejak program rintis itu diperkenalkan, lebih 500 peserta telah mengambil bahagian dalam program tersebut, dengan ramai di kalangan mereka memberi maklum balas positif, antaranya membukanya untuk warga asal Singapura.



HM sedang berusaha untuk mengembangkan program warisan antara agama ini untuk melibatkan pihak akar umbi, Kumpulan Keyakinan Antara Kaum dan Agama (IRCC) dan pemimpin belia, bersama-sama dengan alumni sekolah khusus, yang lebih terdedah kepada isu-isu yang berkaitan dengan kaum dan agama.



Ini lebih-lebih lagi dengan adanya isu diskriminasi yang telah berlaku sejak kebelakangan ini disebabkan pandemik Covid-19.



Menurut HM, kandungan dan pengalaman programnya juga akan dipertingkat, daripada tiga segmen asal (Trail-Tour-Talk) kepada lima segmen baru, 'Trailer-Trail-Tour-Think-Talk', yang mengandungi sesi perkongsian di mana peserta berkongsi dan membincangkan isu-isu mendesak dan lazim berlaku yang menjejas perpaduan sosial, keyakinan dan daya tahan negara.



Menyentuh usaha untuk memperluaskan Faithful Footprints ini sewaktu pandemik, Encik Tong berkata:



"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penganjur, Humanity Matters, kerana mempertingkatkan program Faithful Footprints pada bulan-bulan akan datang supaya lebih ramai orang dari semua lapisan masyarakat boleh mendapat manfaat daripada menghubungkan semula bukan sahaja dengan kepercayaan mereka sendiri tetapi mendapat pemahaman yang lebih mendalam tentang masyarakat lain selain memahami makna di sebalik menetap di Singapura yang berbilang budaya ini."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >