BERITA pemergian penyanyi bersuara emas era 1980-an, Datuk Nassier Wahab, yang meninggal dunia kelmarin mendapat tumpuan ramai pembaca di laman web dan media sosial Berita Harian.
Penyanyi berusia 57 tahun, yang popular dengan lagu Gadis Bermata Biru itu sebelum ini menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kirinya pada 1 Jun lalu dan dikatakan beransur pulih.